Jangan! Jangan jadi sedih macam mamat dalam gambar ni hanya kerana member semua dah kahwin dan tak boleh nak lepak tengok bola dengan korang. Roger je semua member yang wujud dalam contact korang tu!
Yelah kan, seharusnya musim bola sepak ini adalah waktu paling menggirangkan buat korang yang memang kaki bola tu. Tak kiralah team korang kalah atau menang, yang penting semangat kesukanan tu tinggi! Jyeah!
Oleh sebab itu, kami pun sebenarnya nak ajak korang lepak untuk tonton semi final dan final perlawanan paling mendebarkan ni. Ha..Macamana nak join live screening parti 100 PLUS Dahagakan Bola dan apa yang menariknya?
Artikel Berkaitan: Perhatian: Ini 3 Langkah Mudah Untuk Sertai Live Screening Parti 100 PLUS Dahagakan Bola
1. Makan free..Yes! Percuma!
Orang Malaysia dengan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Tengah kerja boleh makan, tengah driving boleh makan. Inikan pula masa tengok perlawanan bola sepak paling dinanti-nantikan. Confirmlah kena ada makanan!
So, kami menyediakan makanan percuma kepada insan-insan terpilih untuk tonton 7 live screenings 100 PLUS Dahagakan Bola iaitu di:
Semi Final Pertama (6 Julai, 12am ke atas)
Lokasi 1 : Asia Cafe, Subang
Lokasi 2: Ming Tien, Taman MegahSemi Final Kedua (7 Julai, 12am ke atas)
Lokasi 1 : Asia Cafe, Subang
Lokasi 2: Ming Tien, Taman MegahPerlawanan Akhir (10 Julai, 12am ke atas)
Lokasi 1 : 118 KK Food Court, Taynton
Lokasi 2: 118 KK Food Court, Old Klang Road
Lokasi 3: The H, Hartamas
2. Boleh lepak main foosball & PS4
Bukan sahaja dapat tengok bola, malah korang juga boleh main beberapa permainan yang disediakan oleh penganjur di sana. Kiranya takdelah bosan masa tunggu game disambung semula untuk separuh masa kedua.
Khabarnya ada foosball dan PS4. Boleh la berkenalan dengan sahabat baru masa lawan game kan?
3. Dapat goodies bag yang cool!
Siapa yang tak suka goodies bag kan? Malah, korang juga boleh dapat hadiah-hadiah sampingan daripada penganjur.
19x beg Adidas bernilai RM160
11x topi Adidas bernilai RM45
10x Bola Replika Adidas bernilai RM150 setiap satu
100x Jersi edisi terhad Adidas bernilai RM270 setiap satu
100x 100PLUS Thumbdrive
23x 100PLUS Football Mug
4. Feeling layanan VIP
Errr.. Tapi korang tak perlulah nak pakai kemeja siap ber’blazer ‘pula masa screenings tu nanti. Pakai jersi pasukan kegemaran korang pun dah cukup cool dah.
Oh ya, kenapa kami cakap layanan VIP? Sebabnya insan bertuah yang kami pilih nanti akan ditempah tempat duduk khas depan screen. Bukan untuk korang sahaja ye. Tapi juga untuk 3 orang lagi member korang. Awesome kan?
Macamana nak dapat jemputan ke live screening parti 100 PLUS Dahagakan Bola ni?
Relax. Korang ikut je 3 langkah mudah ni. Mana tahu rezeki korang kan?
1. Tag 3 orang BFF/ buddies korang dan beritahu kenapa korang nak sangat dapat jemputan ke live screening parti 100 PLUS Dahagakan Bola.
2. Jangan lupa letak #100plusdahagakanbola dan lokasi pilihan untuk tonton bola di setiap komen korang tu.
3. Peserta dengan jawapan paling kreatif akan dapat jemputan ke live screening parti 100 PLUS Dahagakan Bola.
Tapi, korang kena cepat tau sebab peraduan ini berlangsung dari 27 Jun 2016 sehingga 3 Julai 2016 je sebab lepastu kami nak pilih pemenang bertuah dah!!
Jangan lambat ya sebab tempat terhad!