Umum tahu, pelakon Adam Corrie sudah memeluk Islam ketika usianya 39 tahun. Baru-baru ini, Adam mendedahkan ada sedikit salah faham berhubung individu muslim makan dengan menggunakan ‘chopstick’.
Haram makan guna chop stick?
Tampil memberi pencerahan, pelakon berumur 52 tahun itu menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa haram makan menggunakan ‘chopstick’ bagi yang beragama Islam.
Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna chop stick tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya.
Mana ada gelojoh
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon filem KL Gangster 2 menyatakan memang itu cara masyarakat Cina makan bukan disebabkan gelojoh. Jelasnya lagi, kenapa mereka makan seakan mahu cepat habis adalah untuk mengelakkan makanan dalam mangkuk tumpah.
Memang begini cara orang cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chop stick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh.
Kalau nasi dalam pinggan saya guna tangan sahaja makan. Sebab makan di restoren Cina Muslim, dah siap bagi Nasi Kukus Ayam Halia dalam mangkuk. Apa lagi makan pakai ‘chopstick’ la, budaya bangsa sendiri.
Sumber: @adamcorrielee