Seorang penulis blog makanan di China, disoal siasat polis selepas memuat naik klip video dia makan isi ikan jerung putih di platform penstriman Douyin, semalam.
Isi ikan sangat lembut
Menerusi laporan Mail Online , wanita yang menggelarkan dirinya Tizi, mempunyai 8 juta pengikut di laman Douyin. Wanita itu popular kerana makan haiwan yang jarang ditemui, luar biasa dan kadangkala terancam. Dalam video terbarunya, Tizi menunjukkan hidangan ekor jerung sebelum memakannya.
Ujar Tizi, video tersebut mungkin kelihatan ganas, tetapi isi ikan jerung itu benar-benar lembut. Tizi turut memuat naik gambar dirinya berbaring di sebelah bangkai jerung putih bagi menunjukkan saiz ikan tersebut.
Video
Sumber: Mail Online