Di sebalik kejayaan seseorang individu, pasti ada kisah disebaliknya. Begitu juga dengan pelakon, Wawa Zainal. Dia mahu mengubah nasib diri dan ahli keluarga yang dibelenggu kesusahan sejak dahulu lagi.
Keluarga sangat susah
Menerusi satu muat naik video di akaun TikTok @ril_glamrs, Wawa membuat sesi perkongsian mengenai pengalaman hidup bersama para tetamu pada majlis produknya baru-baru ini. Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, dia bukan datang daripada keluarga yang senang. Tambah Wawa, dia mempunyai seramai 23 orang adik-beradik selain terpaksa berjimat cermat termasuk ketika menjamah makanan.
Saya bukan golongan keluarga yang berada, mahupun sederhana. Keluarga saya sangat susah, saya ada adik-beradik 23 orang. Ramai orang tak tahu. Bagi kami, kalau dapat makan lauk ayam tu dah dikira sangat istimewa. Telur sebiji pun kadang-kadang kongsi 2-3 orang. Saya pernah berada di tempat korang (tetamu) terdesak untuk ubah hidup. Selepas tamat Tingkatan 5, saya hantar gambar kepada satu produksi. Alhamdulillah diterima kemudian saya berhijrah ke Kuala Lumpur.
Berkongsi lebih lanjut, Wawa berkata dia nekad mencuba nasib untuk menjadi pelakon sebelum diterima oleh sebuah produksi sekali gus memulakan kariernya sebagai anak seni di ibu negara. Perkongsian sedih Wawa itu ternyata menyentuh perasaan para tetamu yang hadir dan mereka yang melihat video tersebut.
Video
@ril_glamrs #wawamoisturizer #cleanserwawa #wawazainal #fypdongggggggg #women #aerilzafrel #fyp??viral #fypage #fyp? #fyppp #fyp ? original sound – ril_glamrs
Sumber: rir_glamrs