berita

‘Makan Sekali, Bercuti Sekali, Selalu Ambil Berat Tapi…’ – Disihir Rakan Pejabat ‘Jadian’ Iri Hati

June 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Perbuatan khurafat seperti mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi jika pengamalnya menggunakan ilmu tersebut untuk menganiaya dan memudaratkan orang lain kerana perasaan hasad dengki dalam diri.

Seperti perkongsian Ustazah Nazirah Abd Rahim yang menceritakan tentang seorang individu telah disihir oleh rakan sekerjanya hanya kerana perasaan cemburu menguasai diri.

Kisah ‘kawan jadian’

Kisah pesakit ini, kisah awalnya disihir kawan sekerja. Beringatlah kita “ain” jahat dari hati yang hasad ni, “Kawan baik jadian”. Kawan baik jadian ini sangat baik. Pergi kerja makan sekali, pergi bercuti sekali, makan dibelanja “kawan baik jadian”. Selalu keluar makan sekali dengan “kawan baik jadian”. Kawan baik jadian selalu tanya khabar sibuk kononnya ambil berat pasal dia. Kawan baik jadian suka beri makanan.

10 tahun bekerja di syarikat gergasi. Jawatan naik dan naik, jadi bos. Kawan baik jadian suka ajak keluar jalan-jalan makan-makan lagi kerap. Kawan baik jadian terlepas cakap selalu pergi Thailand, katanya jumpa kawan. Tahun ke 8 mula sakit-sakit dan malas kerja. Tengok kawan-kawan dan bos jadi menyampah. Nak cari gaduh dengan bos saja. Makin sayang pada kawan jadian.

Mangsa mula tertekan

Sekadar gambar hiasan

Jiwa jadi stress, kepala pening dan telinga berdesing sahaja. Mula mimpi buruk, mimpi ngeri. Akhirnya tahun ke -9 beliau dipinang syarikat antarabangsa gaji dua kali ganda besar. Kerja 3 bulan boleh beli rumah sebiji di Kuala Lumpur. Pesakit dapat tawaran kerja tu dan dia mula pergi kerja baru. Bermula kerja tempat baru tak sampai sebulan, jiwanya jadi kacau, telinga tak dengar apa dah dan hanya dengar bunyi loceng saja. Berdesing saja.

Kepala tak boleh fikir apa apa. Malas, sakit dan menangis sahaja jika nampak komputer dan kerja. Mulalah episod berhenti kerja dan jadi gangguan teruk. Murung, nangis sendiri dan kehidupan dah seolah dirampas. Berubat sekian lama dengan ustaz akhirya lepas 2 tahun Allah izinkan jumpa perawat boleh jumpa penyakit nya iaitu saka dan sihir. Teruk. Dan kali pertama jin (dalam badan pesakit) bercakap “siapa yang sihirkan”. Sebelum ini diam dan tidur sahaja. Semua dengan izin Allah.

Hati-hati dengan kawan

Sekadar gambar hiasan

Apapun persoalan, kita boleh percaya? Jin ni 100 tipu 1 ja betul dia cakap. Jadi tetap kita fokus pada Allah lah kesembuhan. Usah kita percaya taasub pada kata kata jin (ustazah tambah sebab takut ada yang salah faham) asal sharing ustazah nak simple sahaja. Selalu ustazah akan maklum pada pesakit. “Kita tak tahu siapa dan Allah sahaja yang tahu. Niat kita hanya mahu ikhtiar kesembuhan penawar Al Quran, selain itu milik Allah. Bermula itu rawatan dan perjuangan bermula. Hikmahnya Allah nak kita makin dekat dengannya”.

Berhati-hati dengan kawan, berpada pada. Banyakkan berhati-hati. Amalkan lah pendiding mudah ustazah kongsikan sebelum pergi kerja. Pendinding mudah (Bismillahillazi la yadurru maasmihi sayiun fil ardhi fis samaa whuwassamiul alim). Baca 7x sebelum melangkah keluar. Dah habis baca baru langkah keluar. Yang niat jahat, dia akan tak senang duduk dan Allah akan beri petunjuk jika ada niat jahat. Tak mesti sihir. Dengki, tipu, niat tak baik juga InsyaAllah berikan petunjuk.

Sumber: Ustazah Nazirah Abd Rahim

SKIP THIS AD ×