berita

Makanan Pengaruhi Tahap Kepintaran Anak? Ini 5 Perkara Yang Ibu Bapa Kena Take Note!

April 9th, 2020 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Siapa tak sayang anak kan? Kalau ikutkan hati, apa anak nak main semua kita beli dan apa yang dia nak makan semua korang bagi. Tapi ingat, bila dah ‘terlebih sayang’ tu boleh jadi penyebab anak-anak kita membesar dengan tingkah laku negatif.

Korang tahu tak, pemberian makanan yang tak sihat boleh mempengaruhi perkembangan minda dan tumbesaran anak-anak? Haa.. kalau tak tahu, jom sama-sama belajar sebab kali ni kami nak share tips dan panduan untuk bantu ibu bapa pilih yang terbaik buat anak-anak!

1. Pemakanan ibu pengaruhi bayi dalam kandungan

Menurut Pakar Pediatrik, Dr B Kishore, faktor keturunan dan pemakanan adalah penyumbang utama yang mempengaruhi kanak-kanak itu dilahirkan cerdik atau genius. Sebab tu, sejak fasa awal kehamilan lagi ibu-ibu dah dinasihatkan untuk makan makanan sihat dan seimbang untuk menjaga kandungan mereka.

Begitu juga selepas anak dilahirkan, pemilihan makanan yang terbaik sangat penting untuk memastikan anak terus membesar sempurna. Pemberian makanan yang tak sihat bukan saja boleh menjejaskan kesihatan anak, tapi ia juga boleh menyebabkan daya tumpuan belajar anak terganggu, tingkah laku sukar dikawal dan sistem imun badan anak jadi tak kuat.

2. Jangan offer snek bila anak tak selera

Anak-anak yang sedang membesar kebiasaannya memang cerewet bab makan. Paling runsing bila anak korang tak nak makan atau makan dalam kuantiti sedikit je. Dalam situasi macam ni, jangan sesekali benarkan pengambilan snek atas alasan kesian tau.

Sebenarnya, tabiat anak makan sedikit pada sesetengah waktu makan dan makan dengan lebih banyak pada waktu makan seterusnya atau keesokan harinya itu adalah normal dan tak merbahaya pun.

Sebaliknya tindakan memberi makanan yang tidak sihat seperti snek, makanan segera, minuman berkarbonat dan makanan manis dengan kandungan gula melebihi keperluan tenaga badan lebih berisiko menyebabkan anak-anak obesiti, hiperaktif dan degil!

3. Elakkan anak makan sendirian

Waktu makan sebenarnya penting dalam kehidupan berkeluarga. Jadi, sebaiknya jangan biarkan anak korang makan seorang diri. Cuba aturkan waktu makan anak di mana semua ahli keluarga ada bersama atau sekurangnya ada seseorang yang menemani.

Kajian membuktikan anak-anak yang makan bersama keluarga cenderung memiliki corak pemakanan yang lebih baik kerana ada orang dewasa yang mengawal pengambilan makanan mereka.

Sambil-sambil temankan anak makan tu, jangan lupa kurangkan gangguan seperti barang permainan, buku dan televisyen sebab ia akan menjejaskan proses pembelajaran rasa ‘kenyang’ mereka. Ini juga antara punca anak ada tabiat asyik nak berhenti makan dan berpura-pura kenyang.

4. Pastikan anak mendapat nutrisi yang cukup

Kadar penyerapan nutrisi dalam diet harian memainkan peranan penting untuk perkembangan serta pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak. Jadi, pastikan korang sediakan hidangan yang cukup nutrisi bagi membekalkan segala nutrien yang diperlukan untuk menyokong perkembangan si manja.

Sekurang-kurangnya, pastikan makanan tinggi zat seperti telur ada dalam satu-satu hidangan kerana ia baik untuk otak. Selain itu, hidangan berasaskan ikan laut seperti ikan tenggiri juga mengandungi minyak ikan yang bermanfaat untuk Intelligence Quotient (IQ) anak tau.

5. Susu bantu sempurnakan keperluan anak

Haa… kalau korang nak tahu, sesetengah kanak-kanak mungkin tak suka dan mengelak mengambil makanan daripada kumpulan makanan tertentu yang mengandungi nutrien penting yang diperlukan. Jadi, adakah korang yakin si manja benar-benar mendapat bekalan nutrien yang mencukupi melalui hidangan harian mereka saja?

Sebab itu, selain keperluan menyediakan hidangan yang lengkap, kadar penyerapan nutrien yang optimum juga sebenarnya lebih perlu dititikberatkan oleh ibu bapa untuk memastikan si manja mendapat keperluan nutrisi yang cukup mengikut usia mereka. Pada peringkat seperti ini, pemberian susu yang diformulasi khusus dengan keupayaan penyerapan nutrisi secara optimum seperti Similac Intelli-Pro adalah pilihan tepat!

Similac Intelli-Pro pilihan untuk Si Manja!

Kalau korang nak tahu, kombinasi minyak sayuran unik Similac Intelli-Pro mengandungi minyak bunga matahari oleik tinggi, minyak soya dan minyak kelapa yang membantu penyerapan nutrisi secara optimum. Ini secara tak langsung akan membantu memastikan kesihatan usus anak korang berada dalam keadaan sangat baik disamping menyokong sistem pencernaan si manja secara lembut.

Khasiat DHA +7 yang ada dalam Similac Intelli-Pro pula sangat penting untuk membantu tumbesaran si manja serta perkembangan minda mereka. Manakala, kandungan Omega 6 pula memastikan perkembangan kognitif anak berada pada tahap terbaik.

Tak cukup dengan itu, Similac Intelli-Pro juga mempunyai kadar penyerapan kalsium yang optimum untuk tulang yang lebih sihat dan kuat. Sehingga kini, produk Similac terus mendapat sambutan dan maklum balas yang positif daripada ibu-ibu memandangkan keupayaan dan kualiti produk mereka yang luar biasa.

Jadi, kenapa nak pening kepala lagi soal anak cerewet bab makan sebab Similac Intelli-Pro dah ada semua yang anak-anak korang perlukan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Similac Intelli-Pro, korang boleh layari laman sesawang Similac hari ini juga!

SKIP THIS AD ×