Pengacara, Fiza Frizzy berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menghadiri sebuah acara tayangan perdana apabila terkejut dengan sikap seorang individu berpengaruh yang didakwa tidak menjaga kebersihan diri.

Artikel Berkaitan: Fiza Frizzy Tegur Sikap Seorang Penyampai Radio? – ‘Pamer Watak Sopan, Sebenarnya Manusia Paling Biadab’

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Gaya Pengacaraan Fiza Frizzy Dipuji Netizen – ‘Bolehlah TV3 Kekalkan Dia Untuk AJL38’

Bau kaki

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu berpengaruh yang didakwa tidak menitikberatkan aspek kebersihan diri, khususnya ketika menghadiri acara.

Kepada individu berpengaruh, tolong la jaga penampilan.

Bukan suruh awak melawa macam Amelia Henderson.

Tapi sekurang-kurangnya awak tak berbau.

Semalam saya pergi satu event, ada seorang pempengaruh ini pula nak active socialising, tapi saya tak tahan bau dia.

Kalau bau biasa dan tak mencucuk tak apa, tapi Astaghfirullahalazim.

Assistant dia tak tegur ke? 

Hantaran tersebut turut menarik perhatian Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md Saad, 38, yang berdepan situasi kurang selesa dengan sikap seorang individu berpengaruh terkenal yang tampil bergaya lengkap dengan solekan.

Namun, didakwa mengabaikan aspek kebersihan diri hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Saya pernah pergi premiere, ada seorang individu berpengaruh ini famous, tapi dia bau kaki.

Macam nak muntah.

Makeup bagai nak rak, tapi kaki bau macam stokin setahun tak basuh.

Sumber: Threads