Pengacara, Fiza Frizzy berpandangan bahawa setiap individu perlu berhati-hati sebelum meminjamkan barangan berharga kepada orang lain.

Artikel Berkaitan: ‘Makeup Bagai Nak Rak, Tapi Kaki Bau Stokin Setahun Tak Basuh’ – Fiza Frizzy Kongsi Pengalaman Dengan KOL

Artikel Berkaitan: Fiza Frizzy Tegur Sikap Seorang Penyampai Radio? – ‘Pamer Watak Sopan, Sebenarnya Manusia Paling Biadab’

Ikut kepercayaan

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa tertanya-tanya sama ada orang ramai sanggup meminjamkan barangan peribadi yang bernilai tinggi kepada orang lain.

Nak tanya sikit, korang bagi tak orang pinjam barang yang kita sendiri anggap mahal?

Hantaran tersebut turut menarik perhatian Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md Saad, 38, yang mengakui tidak mempunyai masalah untuk meminjamkan barangan kepada rakan baik yang benar-benar dipercayai.

Tengok juga siapa yang nak pinjam.

Kalau kawan baik, saya okay je nak bagi dia pinjam.

Dalam masa sama, Fiza turut berkongsi pengalaman rakannya yang pernah meminjamkan beberapa beg tangan mewah kepada seorang kenalan baharu, namun terkejut apabila mendapati barangan tersebut dipercayai telah dijual oleh individu berkenaan.

Jangan jadi macam kawan saya, dia bagi pinjam pada kawan yang baru kenal.

Sudahnya, yang pinjam tu pergi jual beg mahal tu dekat orang lain.

Sumber: Threads