berita

#SFMM38: Gaya Pengacaraan Fiza Frizzy Dipuji Netizen – ‘Bolehlah TV3 Kekalkan Dia Untuk AJL38’

December 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Fiza Frizzy

Saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad dan menunjukkan 12 lagu telah dipilih untuk bersaing di pentas paling berprestij Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) yang bakal menggegarkan kaca televisyen pada tahun hadapan.

Selain lagu dan penyanyi, gaya pengacaraan pengacara SFMM38 turut menjadi perhatian sehinggakan menjadi bualan ramai wargamaya di media sosial.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38

Mohon kekalkan Fiza Frizzy

Menerusi satu ciapan di aplikasi X, seorang individu yang menggunakan nama @IzzLatif memuji gaya pengacaraan yang dibawakan oleh pengacara wanita meningkat naik iaitu Fiza Frizzy atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md Saad.

Menurut individu tersebut, gaya yang disampaikan Fiza tidak begitu merapu dan boleh diterima orang ramai sepanjang tiga hari saingan SFMM38 berlangsung.

Siapa nama pengacara wanita oni? Frizzy ke Frizza? Bolehlah TV3 kekalkan dia jadi pengacara sewaktu AJL38 nanti.

Melawak tak melebih-lebih, gediknya masih rapi terjaga dan tidak menjengkelkan. Paling penting, tidak merapu!

Individu berkenaan juga berharap agar pihak stesen TV3 dapat mengekalkan Fiza dengan menggandingkannya bersama Alif Satar atau pun Shery Alhadad sewaktu pentas AJL38 nanti.

Maybe boleh gandingkan dengan Sherry atau Aliff Satar pun boleh.

Sepanjang tiga hari saingan SFMM38, Fiza Frizzy telah mengacarakan program tersebut bersama pengacara dan juga pelakon, Izzue Islam.

Sebanyak 12 lagu telah menempa tiket ke saingan AJL38 selepas diadili oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

Untuk makluman, AJL 38 dijadualkan bakal berlangsung di dewan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac 2024.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×