berita

Makin Hari, Mereka Makin Berkurangan. Lama-Lama Lenyaplah Rakyat Malaysia Ni..

August 30th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Korang tahu tak, sejak dari tahun 2000, hampir separuh daripada “rakyat Malaysia” ni dah pun lenyap dan populasinya pun semakin menurun hari demi hari. Yang menyedihkan, mereka ni semua akan terus hilang dan takkan muncul kembali.

Yang paling teruk, kemerosotan ni semuanya berpunca dari aktiviti manusia yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Dah takde rasa simpati ke mereka ni semua?

Mesti korang tertanya-tanya kan. Siapa yang hilang? Kenapa mereka hilang?

Ni antara rakyat Malaysia yang dah hilang dan bakal lenyap…

Korang nak tahu siapa rakyat Malaysia yang kami ceritakan ni? Haa..sebenarnya, rakyat Malaysia yang kami ceritakan ni adalah haiwan-haiwan liar yang terancam kat negara kita.

Yelah, mereka ni juga kan rakyat Malaysia. Sangat berharga dan harus dilindungi daripada kepupusan.

Bilangan mereka ni dah pun berada di tahap yang membimbangkan dan kalau kita biarkan, tak mustahil akan lenyap selama-lamanya. Kalau tak percaya, korang tengoklah sendiri jumlah dan peratusan haiwan-haiwan liar terancam ni:

Bila tengok bilangan mereka yang sangat merosot ni, admin rasa bimbang sangat. Yelah, kalau antara kita pun ada yang tak tahu spesies haiwan-haiwan liar ni, bayangkan anak-anak kita nanti. Entah-entah, tak sempat pun nak kenal haiwan ni semua!

Jom #KitaRakyatMalaysia jadi hero dan selamatkan mereka!

Kredit: Utusan Online

Tiap-tiap hari mereka ni diburu dan diganggu, habitat mereka dimusnahkan, dibunuh, badan mereka diratah dan anggota badan mereka jadi rebutan ramai manusia yang tamak. Tapi ramai daripada kita yang pekakkan telinga dan tutup sebelah mata je macam nyawa mereka tu tak berharga pun.

Masih belum terlambat untuk kita sama-sama ubah dan selamatkan rakyat Malaysia yang berharga ni.

Jadilah rakyat Malaysia yang peduli!

Sempena Merdeka, Maxis bersama PERHILITAN dan Huawei tampil dengan inisiatif #KitaRakyatMalaysia bagi menyedarkan rakyat Malaysia bahawa dunia liar telah pupus akibat populasi penduduk yang makin meningkat.

Sehinggakan, kelibat haiwan-haiwan liar di hutan negara kita juga sudah tidak kelihatan!

Apa korang perlu buat hanyalah berikrar sokongan korang terhadap usaha pemuliharaan PERHILITAN buat haiwan-haiwan yang hampir pupus ni. Setiap satu ikrar, Maxis akan dermakan RM1 kepada PERHILITAN untuk menampung kos pemuliharaan dan sebagainya. Bagusnya!

Jom jadi sebahagian dari projek #KitaRakyatMalaysia, ikut cara-cara kat bawah ni..

1. Kalau korang belum tau apa antara haiwan-haiwan yang hampir pupus atau terancam, kenali setiap satu spesies di SINI. Ada banyak gambar dan info berguna untuk korang.

2. Klik ‘Make A Pledge‘ atau ‘Share on Facebook‘ di ruangan bawah laman web #KitaRakyatMalaysia untuk menyatakan semangat dengan berkongsi ikrar korang di laman Facebook. Selepas itu, Maxis akan dermakan RM1 kepada PERHILITAN. Senang kan?

3. Share laman web ni dengan keluarga dan kawan supaya lebih banyak ikrar dikongsi. Lagi banyak ikrar dikongsi, lebih banyak bantuan akan diberikan kepada usaha pemuliharaan hidupan liar.

Ini antara ikrar yang korang boleh tulis kat Facebook nanti…

Saya berikrar untuk mengunjungi pusat perlindungan haiwan liar terancam lebih kerap kerana dengan setiap kunjungan akan membantu meneruskan kemandirian pusat perlindungan ini. #KitaRakyatMalaysia

Saya berikrar untuk tidak menyokong pemerdagangan haiwan liar. Ini termasuk, menyokong pembelian dan pemilikan haiwan eksotik kerana dengan permintaan yang tinggi akan meningkatkan lagi bilangan pemburu haram di Malaysia. #KitaRakyatMalaysia

Saya berikrar untuk tidak mengambil sebarang produk yang dihasilkan dari haiwan terancam. Lebih menyedihkan, daging dan produk ubatan dari haiwan eksotik masih boleh dijumpai di Malaysia, menyebabkan kematian haiwan liar seperti tenggiling, beruang dan harimau. #KitaRakyatMalaysia

Masih clueless tentang apa itu #KitaRakyatMalaysia? Tengok video ni..

Ayuh mainkan peranan kita dan sokong usaha murni Maxis ini untuk melindungi dan jangan biarkan rakyat Malaysia yang bernilai ni terus disakiti serta lenyap dari negara kita, kerana #KitaRakyatMalaysia adalah satu!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web #KitaRakyatMalaysia. Jom berikrar!

SKIP THIS AD ×