Memberikan nama kepada cahaya mata yang baru dilahirkan merupakan tanggungjawab ibu bapa. Malah trend memilih nama unik seperti nama para malaikat semakin menjadi ikutan pada masa kini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiqah Melvin Kongsi Wajah & Nama Anak Ketiga – ‘Ameena Sofeea, Yang Bersih & Jujur’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Afeefa Ada Sebab Rahsiakan Berita Hamil & Bersalin – ‘Tak Mahu Orang Luar Menilai Bagaimana Saya Membesarkan Anak’
Nama Malaikat?
Bagaimanapun apakah hukum memberi nama anak yang diambil daripada nama para malaikat?
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Perseketuan, hukumnya adalah harus menamakan anak dengan mana-mana nama para malaikat.
Pun begitu, makruh untuk empat nama malaikat iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X.
Perkongsian itu dibuat susulan video seorang selebriti media sosial yang berkongsi nama anaknya iaitu Muhammad Jibril.
Sumber: Mufti Wilayah Perseketuan