Hasrat pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian apabila anak meninggal dunia semasa 8 bulan di dalam kandungan.
Menceritakan kembali pengalaman paling menyedihkan itu, Miraa Nordin tidak pernah menduga dia akan diuji dengan sesuatu yang amat berat. Walau bagaimanapun, dia menerima dengan redha dan memohon agar Allah SWT menggantikannya dengan yang lebih baik.
Mengandung lagi selepas setahun gugur
28 Mac 2020. Tarikh yang akan selamanya aku ingat.
Btw, post ni sangatt panjang so boleh skip laju2 tau.
Setiap orang ada dugaan masing2 kan. Kami suami isteri diuji dengan sesuatu diluar jangkaan kami. Langsung tak terfikir, langsung tak terlintas. Rasa macam dunia terhenti sekejap masa tu. Rasa punah semua angan2 sekelip mata. 8 bulan mengandung, semua persiapan dah buat, tapi bukan rezeki kami lagi nak ada zuriat kali ni. In sya Allah lepas ni Allah gantikan yang lain yang lebih baik.
Kami pernah diuji dengan keguguran tahun 2018. Masa tu 11weeks. Tanpa d&c, baby keluar sendiri dekat rumah. Tak sangka 2020 kami diuji lagi. Kali ni betul2 sakit. Allah je tahu apa aku rasa. Dua kali berpantang tanpa baby. Dua kali kehilangan. Serious perit tak tipu. Tapi macam mana pun aku dah redha. Ni cuma luahan untuk aku simpan jadi kenangan.
Aku n suami tunggu lebih kurang setahun untuk mengandung lagi lepas keguguran. Bukan merancang, tapi memang takde rezeki lagi. Lepas berubat n berurut, Alhamdulillah dgn izin Allah, aku pregnant. Excited tak payah cakap lah. And mmg nekad nak jaga kandungan kali ni betul2 sampaikan aku tak jadi cari kerja sebab nak fokus pada anak. Masa tahu pregnant tu aku betul2 baru habis PSH 6 bulan. Kami anggap mmg Allah bagi tepat masanya.
So bermula lah pengalaman pregnant yg sgt2 best. First trimester langsung tak buat ape2 baring je atas katil dengan alahan yang agak teruk. Besen memang ready letak sebelah katil, minyak yuyi jadi peneman, bleeding 2 3 kali sampai ambil ubat kuatkan rahim, tak boleh jalan atau berdiri lama mesti nak pitam n banyakkk lagi. Nak cerita mmg takkan habis. Awal2 memang teruk jugak alahan but masuk je second trimester semua jadi smooth cuma masih tak boleh berdiri atau jalan lama2 mesti nak pitam. Kalau dalam mall setiap kerusi yang ada aku akan duduk kejap ambik nafas huhu Dannnnn air manis kena sentiasa ada untuk elakkan rasa nak pitam.
Ditahan wad sebab bayi kurang bergerak
Masa second trimester pernah on ubat thyroid sebab bagitau nurse nadi selalu laju walaupun tak buat ape2. Bila test darah, hormon thyroid tu ada sangkut sikit so kena makan ubat. Tapi tak lama pun dalam 2 3 weeks macam tu je. Dr kata maybe sebab pregnant twins so hormon tak stabil. Dapat tahu twins masa 2nd scan dekat klinik. But then bila next scan Dr klinik tu nampak 1 je so dia kata maybe sorang lagi tak jadi/vanish. Masa tu suami hampa gila tp tetap berharap twins. Tup2 scan dekat KK kali pertama, suami cerita dekat Dr yang kami pernah scan dekat klinik nampak 2 fetal heart tapi dia kata vanish bla3 then Dr kata ‘ Eh memang dua lah ni. Tengok ni. Ni sorang ni lagi sorang’. Masa tu rasa nak lompat2 je happy tak pernah terbayang dapat twins. Alhamdulillah.
Sejak confirm twins tu, appt jadi 2 minggu sekali sebab dikira high risk. Twins pulak jenis MCDA, dorang kongsi uri tapi kantung masing2. Total 3 tempat appt KK IM, KK Beserah, and O&G HTAA. Tak pernah miss mana2 appt. Mmg setiap kali nak scan excited lain macam. Asyik berdebar nak tahu perkembangan dorang. Alhamdulillah Allah mudahkan semua, berat n saiz dorang dari awal scan sampai 34weeks sangat okay. Dr selalu puji sbb twins takde TTTS(twin-twin transfusion syndrome: sorang terlebih besar/kecik) dan sangatlah aktif tak pernah duduk diam! Haha. Nurse pun selalu susah nak carik jantung baby sebab asyikkkk bergerak. Setiap kali check up mesti balik rumah dengan happy lepastu beriya cerita semua dekat Mama.
Semuanya start masa kandungan makin besar. Rasanya semua yang pregnant pernah rasa baby mcm kurang gerak tetibe. Kadang2 bila fokus buat benda lain, rasa baby kurang respon. Gerak tu gerak tapi dia macam tak aktif sgt. Mmg sgt risau. Sepanjang pregnant, pernah 2 kali pergi hospital sebab kurang gerak. Sekali pergi emergency sebab belum 28weeks masa tu, sekali lagi masa 30/31weeks. Yang pertama tak perlu warded Dr cuma kata baby dah beralih kedudukan sbb kecik lagi n kedua tu kena warded 1 hari sebab Dr kata MCDA twins sangat berisiko so kena monitor 24hours. Ayat Dr yang takkan aku lupa ‘Orang luar kalau dengar twins seronok sangat, tapi bagi kami Dr2 ni sangat risau’. Tapi alhamdulillah semua ok je masa tu. Dr siap puji sebab dia rasa aktif je dua2 so dia bg discaj esoknya.
Lepas discaj tu, semua back to normal sampailah seminggu dua sebelum hari kejadian banyak kali sangkut bila test urine. Pelik sangat sebab dari awal urine, bp, hb, gula semua okay. Memang rasa tak sedap hati tapi sebab fikir kena positif kan baru baby positif sama(ni kesalahan terbesar aku). Kena repeat ambik sample urine banyak kali n mcm2 test aku kena ambik hujung2 pregnancy. Urine, darah, swab. Aku banyak kali tanya Dr mmg takkan affect baby ke kalau kencing kotor. Dr jawab biasanya takde so aku macam lega la. Ada jugak tanya pasal baby kurg aktif normal ke, dia jawab ‘mybe sbb space, asal rasa gerak should be ok’. Aku bertambah lega. Padahal masa appt baby Dr lain dah pesan dekat aku kalau rasa lain je terus dtg hospital sebab ibu je tahu baby mcm mana. So obviously salah aku. Then, last ultrasound pulak Dr kata baby sorg mcm kecik but still tak jauh beza. Sorg 2.1kg sorg lagi 1.7kg. Oksigen apa semua okay Dr kata n Dr suruh ready lagi 2 weeks terus bawak baju mak n baby takut kena admit terus sebab dah 36weeks. Excited bila dengar macam tu sebab lagi 2minggu boleh jumpa twins.
Denyut bayi dah tak ada
27 Mac 2020.
Aku ajak suami buat kek coklat moist. Dengan alasan, nanti berpantang dah tak boleh makan so nak makan puas2. Pagi tu macam biasa rasa je dorang gerak2. Ptg bila siap buat kek, start rasa macam kurang gerak. Tapi tak fikir bukan2 n positif kan diri maybe terlalu busy buat kek so twins penat nak rehat (kesalahan besar aku). Tapi bila tekan2 perut ada je respon so macam okay la. N gerak baby 10x tu cukup je cuma lambat sikit dari hari2 lain. Malam pulak time solat mmg rasa je baby gerak tapi masih tak sedap hati. Benda mcm ni jadi banyak kali jugak tp sebelum2 ni aku bernasib baik bila check rupanya baby tukar kedudukan je n lepastu aktif balik. Sbb tu aku cuba positif. Suami ada tanya ‘ke nak pergi hospital?’. Aku jawab tengok esok macam mana sebab aku takut musim2 covid ni(kesalahan aku lagii).
28 Mac 2020.
Pagi2 lagi ajak husband pergi klinik sebab fikir nak tengok jantung baby je. Mmg tak terfikir n taknak terfikir bukan2. Sampai2 klinik staf tu cakap pukul 10am baru ada Dr. Aku pun macam takpe la kita pi beli aiskrim dulu. Makan aiskrim sambil cakap dengan twins n mmg aku sangat pelik sebab baby takde gerak2 masa ni. Lepastu kami ke klinik tunggu dalam klinik. Tak lama tu kami masuk bilik Dr dengan penuh harapan nak tengok jantung baby. Dr start check kepala dulu. Bila pergi bahagian perut, aku macam tergamam. Biasa scan akan ada denyut2 tapi pagi tu takde. Dia pergi baby ke 2 pun sama. Allahu aku taktahu nak gambar perasaan aku masa tu. Dr tu cepat2 suruh ke hospital. Masa tu aku dah lost dalam otak macam kosong gila tapi dekat mulut tak henti2 doa semua tu tak betul, mesin tu salah. ‘Maybe Dr salah tengok lagi 2 hari kot twins dah boleh lahir’. Aku tekan2 perut suruh twins bangun n bukak zikir sepanjang otw ke hospital supaya aku boleh relax.
Sampai je hospital aku yakinkan diri twins masih ada. Aku masuk n bg surat refer dari klinik. Nurse tu terkejut n cakap dekat aku ‘Allahu dah besar dah ni. Puan sabar ye. In sya Allah ada lagi tu n banyak2 berdoa tawakal’. Aku just berharap cepat lah nak scan. And yes, Dr 2 orang plus nurse sekali ada masa scan tu mmg nampak takde degup jantung tu. Dua2. Dua dua pergi sekelip mata. Boleh bayang? Masa ni mmg Allah je tahu macam mana aku nak meraung tapi semua dah takde guna. Aku siap tanya Dr ada tak ape2 cara sekalipun untuk dorang hidup balik atau at least sorg selamat. Rasa macam mimpi. Malam aku masih rasa baby gerak, pagi tu dua2 tinggalkan aku. Korang maybe kata aku yang cuai tak pergi awal2 tapi serious semua jadi tak sampai 24jam. Terlalu cepat bagi aku. Tapi mmg orang yang aku salahkan adalah diri aku sendiri. Percaya baby kurang gerak sbb space dah kurang lagi2 orang kata perut aku kecik untuk twins. Benda paling bodoh aku percaya.
Terima dengan redha
So please lah ibu2 yang tengah pregnant jangan sesekali percaya ‘normal la hujung2 pregnancy baby kurang gerak sebab baby makin besar, ruang takde bla3’. Jangan. Kalau kau percaya n takdir kau mmg ada lagi rezeki jumpa anak kau takpe la. Maknanya kau beruntung. Kalau macam aku? Memang orang kata aku beruntung sebab twins anak syurga tapi sakit lahirkan anak yang dah tak bernyawa tu kau tak tahu. Belum aku cerita part dalam wad kiri kanan semua happy2 tunggu masa nak sambut baby, dengar org sebelah2 duk check jantung baby, duk tengok orang lain bawak beg baby, nurse 3 4 kali salah kejut aku nak check jantung baby tapi aku kena jawab ‘baby sy dah takde nurse’. Serious semua sakit. Sangat. Lagi2 aku diuji masa PKP ni, takde pelawat dibenarkan melawat termasuk suami sendiri. Masa dekat wad 1 je aku doa nak cepat2 lahirkan twins so lagi cepat dapat kebumikan dorang. Aku kena induce 2x, ambik ubat tahan sakit 1x, tahan sakit teruk 5 6 jam then lahirlah dua2 puteri yang kami tunggu selama ni.
Sungguh aku dah redha n terima semua. Aku cerita hanya untuk pengajaran n sebagai kenangan bermakna untuk aku. Macam mana pun semua dah tertulis. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Kes kami twins Allah ambik tapi aku still dapat peluang tengok wajah anak2 aku walaupun cuma sekali dan dah siap balut dengan kain putih. Orang lain pula diuji dengan ibu yang meninggal dunia tanpa sempat tengok anak2. Allahuakbar
Takde apa yang aku harap cuma tolong doakan kami kuat n diberi rezeki zuriat lagi ye lepas ni. N maafkan kami kalau2 sebelum ni apa yang kami suami isteri post atau share buat sape2 yang belum dapat zuriat tersinggung. Mungkin kegembiraan kami buat sape2 terasa hati kami betul2 mintak maaf. Sekian pengalaman yang nak aku kongsi. Semoga takde orang ulang silap aku.
Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk Amina Sofya bt Aifaa Syafiq dan Aisya Sofya bt Aifaa Syafiq ya
Sumber : Miraa Nordin