Masakan Itali di Malaysia pada hari ini bukan sesuatu yang asing lagi. Jika dahulu kita hanya dapat rasa makanan ini di restoran terkemuka sahaja, namun kini ianya sudah mudah didapati dengan harga yang berpatutan.
Kami percaya masakan Itali seperti spageti menjadi kegemaran anak-anak. Bagi yang nak masak sendiri, ini 6 resipi spageti mudah dan sedap korang boleh cuba!
Spageti Bebola Daging
Bebola daging jika tahu caranya pasti senang je nak buat. Hanya memerlukan beberapa bahan ringkas bebola daging yang berkhasiat dan segar sedia untuk dimakan bersama spageti lazat. Bagi resepi Spageti Bebola Daging ini, korang hanya memerlukan daging kisar dan sayur-sayuran lain seperti lobak merah, capsicum, cendawan dan tomato mengikut citarasa tersendiri. Kalau mahukan pedas boleh masukkan cili padi. Lazatnya!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/spageti-bebola-daging
Spageti Seafood Ala Thai
Bagi penggemar makanan laut, korang bolehlah cuba resepi Spageti Seafood Ala Thai ini. Dengan tambahan bahan seperti bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi membuatkan korang berada seperti berada di Thailand. Memang lain dari yang lain! Yang pasti menu ini pasti dapat menambahkan selera seisi keluarga.
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/spageti-seafood-ala-thai
Spageti Cili Padi Berkrim
Selain itu, korang boleh juga variasikan pasta kepada Pasta Cili Padi Berkrim. Rasanya yang berlemak ditambah pula dengan pelbagai jenis lauk lain melazatkan lagi hidangan pasta berkrim korang. Bagi anak-anak yang tidak sukakan pedas, korang boleh kurangkan jumlah cili. Tanpa cili pun dah cukup sedap tau! Jom cuba!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/spageti-cili-padi-berkrim
Spageti Bolognese
Salah satu menu masakan popular Itali mestilah Spageti Bolognese. Bau herba yang lazat dan rasa masam tomato menambahkan lagi kesedapan masakan ini. Cara untuk membuat hidangan ini senang sahaja, hanya menggunakan tomato puree dari tin ataupun boleh juga menggunakan buah tomato segar. Yang pastinya masakan ini sangat sedap dan cepat disediakan.
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/spaghetti-bolognese
Spageti Carbonara Mushroom
Selain daripada menu di atas, Spageti Carbonara Mushroom juga gerenti dapat memikat selera anak-anak korang. Yelah hari-hari makan nasi pun boring juga kan. Bagi ibu-ibu yang tak tahu nak masak apa tu, boleh cuba resipi ringkas ini. Rasanya sangat sedap yang paling penting tak pedas.
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/spaghetti-carbonara-mushroom-berkrim
Cheese Baked Spagetti
Akhir sekali, spageti juga sebenarnya boleh dibuat sebagai makanan minum petang. Simple sahaja cara penyediaannya! Resipi ini juga boleh diolah menggunakan macaroni ataupun pelbagai jenis pasta lain. Memang terbaik! Selamat mencuba!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/cheese-baked-spaghetti
Sumber : MyResipi