berita

Malang Tak Berbau, Salman Khan Kena Patuk Ular Sebanyak Tiga Kali

December 27th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Bintang Bollywood terkenal, Salman Khan dipatuk ular dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Salman Khan cuba menghalau ular tersebut dari rumah ladangnya di Panvel, Navi Mumbai.

Salman Khan dirawat selama 6 jam

Foto: Reuters

Menurut laporan India Today, Salman yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini, Disember 27 berkata, ular tersebut telah memasuki kawasan rumah ladangnya, dan dia cuba menghalau ular tersebut menggunakan ranting kayu.

Ketika sedang menghalau, ular tersebut mengesot ke tangan Salman dan dia terus menggenggam ular tersebut untuk melepaskan diri, dan pada ketika itu dia dipatuk sebanyak tiga kali.

Seekor ular telah memasuki rumah ladang saya. Saya membawa ia keluar menggunakan ranting kayu dan secara perlahan-lahan ular tersebut sampai ke tangan saya.

Saya menggenggam ular tersebut untuk melepaskan diri, dan pada ketika itu ular tersebut mematuk saya 3 kali.

Ianya seekor ular yang berbisa. Saya dirawat di hospital selama 6 jam. Tetapi saya dalam keadaan yang baik sekarang.

Turut sama berada di rumah ladang tersebut ketika kejadian merupakan teman-teman baik, dan juga ahli keluarga Salman Khan yang hadir bagi meraikan ulang tahun kelahiran ke-56 pelakon tersebut.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×