berita

‘Malas’ Jaga Anak Punya Hal, Wanita Tergamak Rendam Anak Tiri Dalam Tab Mandi Berisi Air Panas

February 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Star

Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung oleh seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas dia direndam dalam tab mandi yang berisi air panas. Apa yang lebih mengejutkan apabila mengetagui perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh ibu tirinya sendiri.

Rendam dengan air panas

Foto: Daily Star

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Daily Star, kejadian yang berlaku pada 1 Oktober 2018 ini adalah berpunca kerana dia berang selepas diminta oleh suami untuk menjaga dua orang kanak-kanak berusia empat dan dua tahun. Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan anak kandung suaminya hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri ini juga dikatakan telah bertengkar sehingga membuatkan suspek nekad untuk ‘membalas dendam’. Suspek kemudian merendam anak bongsu yang berusia dua tahun ke dalam tab mandi berisi air panas.

Penjara 20 tahun

Sekadar gambar hiasan

Namun, tidak lama selepas itu, abang mangsa yang melihat situasi tersebut telah menjerit dan suspek yang ketakutan terus mengangkat mangsa keluar dari tab mandi. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital tetapi sayangnya selepas dua minggu mendapatkan rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, suspek juga dikatakan sering mendera dan menganiaya kedua-dua anak tirinya. Berikutan daripada insiden itu, suspek telah dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×