Isu wang dan dokumen rasmi palsu sering berlaku di mana-mana negara. Hampir kesemua kes pemalsuan didapati kelihatan tulen. Di bandar Liuzhou, China, seorang lelaki telah menghasilkan lesen palsu menggunakan kertas dan tulisan tangan. Wow dahsyatnya!
Menerusi laporan Oddity Central, lelaki yang dikenali sebagai Tang itu kelihatan tenang sewaktu pihak polis meminta lesen memandunya.
Dia terlalu tenang
Dia terlalu tenang semasa mengeluarkan lesennya. Kulit lesennya itu seperti yang sebenar, tetapi saya terkejut bila melihat di dalamnya.
Di dalam kulit lesen tersebut mengandungi sekeping kertas dari buku nota sekolah dengan butiran yang berkaitan serta gambarnya. Apabila disoal, dia menjelaskan bahawa dia terlalu malas untuk memasuki kelas memandu bagi mendapatkan lesen yang sah.
Tidak pernah lihat lesen sebegitu
Sudah bertahun-tahun saya menjadi polis, tetapi saya tak pernah lihat lesen memandu seperti ini. Sungguh melucukan.
Akibat insiden tersebut, motorsikal Tang dirampas dan dia diminta untuk membuat laporan di jabatan trafik.
Sumber: Oddity Central