berita

Malaysia Catat Pertumbuhan Ekonomi Memberangsangkan

November 17th, 2022 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kredit foto: Wikipedia

Setelah beberapa tahun bergelut dengan keadaan ekonomi tidak menentu akibat Covid-19, negara kini menunjukkan penumbuhan ekonomi yang kian positif di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terutama sekali pada suku ketiga tahun ini (S3 2022) dimana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merekodkan perkembangan kukuh sebanyak 14.2 peratus dengan peningkatan sebanyak 5.3% berbanding suku kedua 2022 (S2 2022).

Terbaik di Asia Tenggara

Peratusan tersebut meletakkan Malaysia didepan beberapa negara lain di Asia Tenggara termasuk Vietnam 13.67%, diikuti  Filipina 7.6%, Indonesia 5.72 peratus% dan Singapura 4.4%.

Menurut portal rasmi Kementerian Kewangan, pertumbuhan KDNK yang kukuh disumbangkan oleh permintaan dalam dan luar negara serta pasaran buruh yang memberangsangkan.

Pasaran buruh mencatatkan kadar pengangguran yang semakin berkurang dengan kadar 3.7% pada S3 2022 dan dijangka akan terus menurun menjelang akhir 2022 selari usaha kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program penstabilan pekerjaan serta prospek perniagaan yang lebih baik.

Dalam satu kenyataan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata “Kita menyaksikan peningkatan pada kedua-dua indeks keyakinan perniagaan dan pengguna yang dipantau oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER)”

Hal ini, sekaligus menjadikan perkembangan permintaan domestik kekal positif.

Indeks Sentimen Pengguna (CSI) oleh MIER meningkat kepada 98.4 mata pada S3 2022 (S2 2022: 86.0 mata).

Sementara itu, Statistik Kecenderungan Perniagaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan indikator keyakinan sebanyak 4.7% (S2 2022: 3.5%).

Secara keseluruhan, sentimen tersebut digambarkan melalui peningkatan nilai jualan sektor pembuatan yang kukuh sebanyak 19.5% kepada RM161.7 bilion serta jualan perdagangan borong dan runcit yang berkembang sebanyak 23.9% kepada RM134.0 bilion pada September 2022.

Jumlah ketibaan pelancong turut meningkat kepada 3.2 juta bagi Januari hingga Julai 2022.

Berjaya tarik pelabur asing

Kredit foto: BERNAMA

Sementara perdagangan luar terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan nilai dua digit. Lebih membanggakan lagi, prestasi pelaburan langsung asing (FDI) juga menunjukkan perkembangan baik.

Jumlah dagangan berkembang sebanyak 42% kepada RM775 bilion manakala FDI bersih mencatat sebanyak RM12.3 bilion pada S3 2022 (S2 2022: RM17.3 bilion).

Sektor pembuatan, aktiviti kewangan dan insurans/takaful serta hartanah telah menarik sebahagian besar daripada aliran masuk FDI terutamanya dari Amerika Syarikat, Jepun, Belanda dan Singapura.

Rujukan: 

https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kdnk-suku-ketiga-2022-berkembang-sebanyak-14-2-peratus-prestasi-ekonomi-kukuh-meskipun-berdepan-cabaran-global

SKIP THIS AD ×