Foto: Berita Harian

Pada Sabtu, Pusat Iklim Nasional iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara kita bakal berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk tahun 2025 hingga awal tahun 2026.

Meskipun hanya akan berlaku dalam masa yang singkat, keadaan tersebut berpotensi menjejaskan corak taburan hujan di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Angkatan Tentera Malaysia Siap Sedia Hadapi Banjir, 5,496 Lokasi ‘Hotspot’ Dikenal Pasti

Artikel Berkaitan: Siap Sedia Untuk Kerjaya Masa Depan? Belanjawan 2025 Nak Rakyat Lebih Berkemahiran

Apa itu La Nina?

Foto: Portal NOAA

Merujuk kepada National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), La Nina bermaksud keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur dimana ia lebih sejuk dari keadaan biasa.

Berbeza dengan El Nino, La Nina akan menyebabkan suhu permukaan laut menurun, yang boleh membawa kepada suhu yang lebih sejuk di sesetengah kawasan. 

Sepanjang waktu ini, suhu air laut Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius menyebabkan negara seperti Malaysia dan Indonesia akan mengalami perubahan cuaca yang mendadak.

Kesan La Nina

Gambar Sekadar Hiasan

Fenomena ini tentunya akan memberi beberapa kesan terhadap penduduk di negara kita. Antaranya ialah cuaca akan menjadi lebih sejuk ekoran penurunan suhu yang mendadak.

Selain itu, turunnya hujan yang berterusan sehingga boleh meningkatkan lagi risiko banjir.

Bukan itu sahaja, La Nina juga boleh menyebabkan aktiviti ribut petir menjadi lebih kerap serta meningkatkan risiko tanah runtuh akibat daripada hujan berpanjangan.

Penyediaan hadapi La Nina

Gambar Sekadar Hiasan

Meskipun fenomena ini dijangka akan melanda negara pada penghujung 2025 namun, adalah lebih baik untuk kita melakukan persediaan awal bagi menghadapi La Nina.

Seperti yang dikongsi di atas, fenomena La Nina berupaya untuk meningkatkan lagi risiko banjir. Justeru, anda dinasihatkan melakukan persiapan menghadapi banjir seperti;

  1. Simpan semua dokumen penting anda, dan barang berharga ke dalam bekas plastik yang kalis air
  2. Kumpulkan ubat-ubatan dalam satu bekas kalis air.
  3. Simpan air bersih untuk kegunaan mandi dan minum
  4. Kemaskan dan simpan barang rumah di tempat selamat
  5. Sediakan powerbank untuk kegunaan kecemasan
  6. Sediakan peralatan kecemasan yang mencukupi
  7. Jangan menyentuh mana-mana kabel elektrik
  8. Pastikan lokasi pusat pemindahan dan bantuan terdekat
  9. Bersiap sedia pindah atas arahan pihak berkuasa
  10. Kunci rumah dan tingkap sebelum meninggalkan rumah.

Selain itu, anda turut dinasihatkan untuk sentiasa peka dan cakna mengenai perubahan cuaca serta peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia dari masa ke semasa.

Sumber: NOAA, Sinar Harian, Kasturi Hijau