berita

Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

February 9th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Malaysia dicatat sebagai negara ketiga yang memiliki sugar daddy paling ramai di Asia iaitu seramai 42,500 orang menurut laporan SeekingArrangement, laman “Sugar Dating” terbesar dunia.

Artikel berkaitan: Iklan Aplikasi ‘Jejak’ Sugar Baby Terpampang Sekitar KL, Apa Peranan PBT?

Artikel berkaitan: ‘Saya Tikam Dia 2 Kali Lagi Di Leher..’ – Berang Dihina Hodoh, ‘Sugar Daddy’ Bunuh Kejam Instafamous Russia

Malaysia bagai sarang sugar daddy

Sekadar Gambar Hiasan

Panggilan atau gelaran sugar daddy sebelum ini mungkin jarang didengari dalam kalangan rakyat Malaysia. Malahan ada juga yang beranggapan bahawa tidak ramai lelaki di Malaysia yang terlibat dan memiliki gelaran tersebut. Namun menurut laporan daripada Free Malaysia today, hari ini Malaysia telah dilaporkan sebagai negara ketiga tertinggi di asia yang memilik sugar daddy paling ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement, Brandon Wade menjelaskan bahawa jurang antara golongan miskin dan kaya yang semakin meningkat adalah punca utama yang mendorong kepada perkara ini. Selain itu, Brandon Wade juga menyatakan bahawa perkembangan ekonomi yang pesat di benua ini juga turut menyumbang kepada angka berkenaan dengan semakin ramai pelabur asing yang menjalankan perniagaan dan kehidupan di sini.

Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,

Itulah ungkapan Brandon Wade mengenai isu ini. Sementara itu, Indonesia pula berada di kedudukan kedua dengan  60,250 sugar daddy manakala India pula berada di tempat pertama untuk negara-negara Asia dengan 338,000 sugar daddy. Diikuti juga dengan Malaysia di tangga ketiga dan seterusnya adalah Jepun, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Korea Selatan, dan Sri Lanka.

Sumber: Free Malaysia today

SKIP THIS AD ×