berita

Malaysia Penyayang – Inisiatif Grab Bantu Golongan OKU Terima Pujian Netizen!

December 4th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Kalau kita tengok keadaan ekonomi sekarang, bukan senang tau nak dapatkan pekerjaan. Lebih-lebih lagi untuk golongan orang kurang upaya (OKU). Korang tahu tak di Malaysia saja kita sebenarnya ada lebih kurang 500,000 OKU?

Daripada jumlah ini, hampir 500 individu OKU telah menjana pendapatan melalui Grab sebagai pemandu, penghantar makanan atau barang, dan juga penjualMereka adalah individu OKU pendengaran, cerebral palsy atau motor impairment. Itulah sebabnya Grab melancarkan inisiatif ‘Break The Silence’ pada tahun 2018 untuk membuka lebih banyak peluang pendapatan, terutamanya bagi golongan OKU pendengaran.

Tahun ini, melalui kempen GrabForGood mereka, mereka telah memperkenalkan lebih banyak inisiatif untuk memperkasakan komuniti OKU dalam pelbagai cara berbeza. Sempena meraikan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (International Day of Persons with Disabilities) pada 3 Disember 2019. Jom kita tengok beberapa inisiatif menarik daripada Grab Malaysia untuk golongan istimewa ini!

Tiada lagi jurang komunikasi

Kalau korang nak tahu, baru-baru ini Grab ada melancarkan satu siri video tutorial bahasa isyarat di Facebook yang dikenali sebagai The Sign Language DictionaryIni merupakan salah satu inisiatif untuk mendidik penumpang dan pelanggan Grab tentang cara untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan pemandu dan rakan kongsi mereka yang kurang upaya.

Grab juga menyediakan alat bantuan yang direka khas di dalam kereta dan di merchant mereka untuk membantu pemandu dan rakan kongsi penghantaran berinteraksi lebih lancar dengan penumpang dan pelanggan mereka.

Satu lagi ciri paling menarik, apabila korang menempah Grab, korang juga akan dimaklumkan jika pemandu atau rakan kongsi penghantaran mereka adalah individu dengan OKU pendengaran. Dengan cara ini, korang boleh berkomunikasi dengan mudah melalui ciri GrabChat dalam aplikasi mereka.

Memastikan persekitaran kerja yang selamat

Dengan ciri sokongan feature Live Chat Support pula, pemandu atau rakan kongsi penghantaran khususnya yang OKU pendengaran boleh segera berbual dengan wakil Grab jika mereka memerlukan bantuan semasa kemalangan atau sewaktu kecemasan.

Mereka juga boleh menggunakan ciri SOS dalam aplikasi Grab yang akan menghantar lokasi langsung mereka beserta SMS automatik kepada rakan atau keluarga dan juga menghubungi polis dalam situasi kecemasan. Ciri keselamatan ini mampu membuatkan individu OKU berada dalam persekitaran kerja yang lebih selamat.

Tidak ketepikan OKU

Bagi menambah baik serta memastikan pengalaman pemanduan yang lebih sempurna untuk golongan OKU, Grab baru-baru ini turut mengumumkan kitaran kedua perlantikan Jawatankuasa Pemandu dan Rakan Kongsi Penghantaran (DRC) yang ada melibatkan golongan OKU sendiri.

Jawatankuasa ini bertindak sebagai platform terbaik yang menghubungkan Grab dengan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran OKU untuk mengumpul maklum balas sekaligus cuba memahami keperluan mereka.

Pemandu Grab dilatih untuk kendalikan penumpang OKU

Bermula September sehingga sekarang, lebih 200 orang pemandu Grab telah mendapat latihan khas tentang cara-cara untuk mengendalikan kerusi roda dan membantu penumpang kelainan upaya.

Kursus‘Assist’ yang diiktiraf oleh DET Forum ini melatih pemandu tentang cara untuk membantu penumpang OKU fizikal sewaktu menggunakan perkhidmatan Grab mereka.

Antara yang diketengahkan ialah cara untuk mengendalikan kerusi roda (dengan demonstrasi praktikal), serta pemandu juga turut diberi pendedahan tentang etika dalam komunikasi ketika berinteraksi dengan penumpang OKU.

Sokongan berterusan untuk insan istimewa!

Kalau korang nak tahu, tahun ini Grab sebenarnya telah berkolaborasi dengan lebih banyak rakan kongsi perniagaan termasuk peniaga OKU menerusi GrabFood dan GrabPay.

Korang boleh dapatkan lebih banyak maklumat tentang merchant yang terlibat untuk membantu golongan istimewa ini mengembangkan perniagaan mereka menerusi aplikasi Grab.

Sebagai tanda sokongan yang berterusan untuk komuniti OKU, Grab juga menyediakan promosi eksklusif di beberapa merchant OKU terpilih dari 29 September hingga 31 Disember 2019.

  • Nikmati potongan RM5 dengan pesanan minimum sebanyak RM25 melalui GrabFood dengan kod promo GRABFORGOOD
  • Nikmati rebat RM5 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM25 apabila korang membayar menggunakan GrabPay

Korang juga boleh turut serta membantu!

Dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Malaysia dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah (PPKKCTM), kini korang boleh turut serta membantu dengan membuat sumbangan terus ke Tadika dan Taska Istika Jaya (sekolah OKU Pendengaran) dan PPKKCTM (Rumah Kebajikan Kanak-Kanak) menggunakan mata ganjaran GrabRewards.

Sempena meraikan Hari Orang Kelainan Upaya Antarabangsa 2019, ajak kawan-kawan dan keluarga korang untuk sama-sama menyumbang di sini menerusi aplikasi Grab.

Kesemua inisiatif daripada Grab ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk mereka yang bergelar insan kelainan upaya selagi mana mereka mendapat sokongan penuh masyarakat.

Kami di OHBULAN! menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama Grab untuk terus menyokong #GrabForGoodMY supaya program sebegini dapat diteruskan. Sebarang maklumat lanjut tentang  GrabForGood, korang boleh layari laman sesawang Grab!

 

SKIP THIS AD ×