Sesiapa yang merokok mesti mengimpikan untuk menjadi seorang yang bebas rokok satu hari nanti kan? Tapi, bagi perokok aktif, nak berhenti merokok ni bukanlah senang.
Memetik laporan Aaron Kandola di Medical News Today, kajian perubatan oleh Dena Westphalen, Pharm.D menunjukkan jika seseorang itu berhenti merokok, ia berisiko mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, alasan itu tak boleh menidakkan bahawa merokok adalah masalah kesihatan serius dan perlu dihentikan.
Lebih menakutkan, terdapat banyak kajian yang telah membuktikan asap rokok bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada perokok, tetapi masyarakat sekeliling pun turut menerima kesan! Bimbang dengan situasi itu, Philip Morris International (PMI) komited menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), mencipta produk alternatif bebas asap dan kurang bahaya berbanding rokok konvensional.
Terbaharu, satu kaji selidik dilaksana oleh Philip Morris Malaysia (PMM) bagi mengukur sikap dan persepsi orang awam terhadap masalah merokok, serta akses dan maklumat tepat mengenai produk alternatif. Ia sebahagian komitmen syarikat itu bagi memastikan masa depan bebas asap rokok dapat dicapai.
Produk alternatif diyakini
Hasil kaji selidik mendapati majoriti responden bersetuju bahawa perokok perlu beralih ke produk alternatif jika mereka tidak berhenti merokok. Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran dan penerimaan orang awam terhadap produk alternatif semakin meningkat dan positif.
Setakat ini, terdapat pelbagai pilihan produk alternatif di pasaran seperti vape, e-rokok dan produk tembakau dipanaskan dan berdasarkan penemuan saintifik oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (AS), produk tembakau dipanaskan antara alternatif yang terbukti kurang bahaya berbanding rokok yang dibakar.
Bagaimanapun, kaji selidik dilaksanakan PMM baru-baru ini menunjukkan hanya 16.1 peratus responden mengetahui mengenai kewujudan produk ini. Jumlahnya terlalu sedikit jika dibandingkan pertambahan perokok aktif yang makin membimbangkan.
Kurang maklumat
Sementara itu, faktor kekurangan maklumat dilihat menjadi punca utama perokok tak mahu bertukar ke produk alternatif dan memilih untuk terus merokok.
Walaupun terdapat banyak kajian berjaya membuktikan produk tembakau alternatif kurang bahaya berbanding rokok biasa, malangnya maklumat itu tidak sampai kepada perokok dewasa yang tidak mahu berhenti merokok. Ia berikutan tiada peraturan yang membenarkan penyebaran maklumat mengenai produk tembakau alternatif dibuat kepada pengguna di negara ini.
Hakikatnya, sebilangan besar responden yakin dengan adanya maklumat lebih tepat mengenai produk alternatif, ia akan memudahkan perokok membuat keputusan.
Perlu dipertimbangkan
Kesimpulannya, majoriti responden bersetuju bahawa produk alternatif kurang bahaya kepada perokok berbanding rokok biasa. Namun, faktor kekurangan maklumat menghalang perokok untuk membuat keputusan dan pilihan lebih baik.
Justeru, pihak berkuasa khususnya kerajaan seharusnya memberi ruang kepada perokok dewasa agar mereka dapat mengakses maklumat lebih tepat mengenai produk alternatif.
Namun perlu diingat, walaupun produk alternatif adalah pilihan lebih baik daripada merokok, ia masih tidak membebaskan pengguna daripada risiko.
Jadi, keputusan yang paling baik untuk kesihatan adalah berhenti atau jangan mula merokok!