Tindakan pelakon Syazwan Zulkifly meninggalkan komen pada sebuah hantaran berita mengenai laporan individu yang masih bujang dan belum berkahwin di Malaysia telah mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Fify Azmi ‘Unfollow’ Syazwan Zulkifly Di Instagram
Artikel Berkaitan: Fify Azmi Jawab Dakwaan Kerap Terjebak Cinta Lokasi, Nafi ‘Playgirl’ – ‘Biarlah Orang Buat Andaian’
Malaysia ramai bujang
Laporan berita berkenaan menunjukkan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling ramai individu yang masih belum mendirikan rumah tangga.
Dapatan itu berdasarkan kaji selidik SeaAsia Stats, yang melaporkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 44.68% individu bujang.
Berita tersebut kemudian mendapat reaksi Syazwan apabila dia secara berseloroh memberitahu dirinya merupakan salah seorang individu yang menyambung kepada peratusan kajian tersebut.
Saya adalah salah seorang yang menyumbang kepada statistik ini untuk Malaysia. Hehehe.
Komen aktor berkenaan telah mencuit hati wargamaya yang rata-ratanya berasa terhibur.
Terdahulu, Syazwan dikatakan mempunyai hubungan istimewa dan berkawan rapat dengan aktres Fify Azmi.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Fify menjelaskan hubungannya dengan aktor itu tidak lebih daripada rakan biasa meskipun mengakui pernah rapat sebelum ini.
Tambah Fify, dia juga sudah tidak mengikuti Syazwan dalam sosial selepas mengetahui aktor itu mempunyai kekasih.