Bekas jaguh bina badan negara dan pelakon, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor mengaku sudah tidak aktif berlakon dan memilih untuk hidup bersederhana.
Artikel Berkaitan: Datuk Malek Noor Bernikah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey ‘Control Portion’ Makanan Anak Setiap Kali Makan – ‘Nak Dilarang..Kasihan’
Suka terlibat bisnes
Menurut Abdul Malek atau lebih mesra disapa Malek Noor, dia sudah mengecapi zaman kemasyuran sejak awal pembabitan dalam industri seni yang sudah memasuki hampir empat dekad.
Sudah pernah mengecap glamor dalam dunia seni, jadi sekarang lebih selesa untuk bersederhana dan lakukan apa yang saya suka. Misalnya terlibat dalam dunia perniagaan, motivasi dan sebagainya.
Tidak dinafikan kadang-kadang bila ada yang masih lagi kenal dan menegur, saya jadi segan. Sebab sebenarnya kalau di luar kamera, saya seorang yang pemalu. Terbawa-bawa sikap itu sejak kecil.
Malah kalau ada yang sebut mengenai perhargaan yang pernah saya terima sepanjang aktif dalam sukan bina badan pun, saya rasa segan.
Bagaimanapun, Malek Noor, berkata dia masih terbuka menerima tawaran yang bersesuaian dengan dirinya yang berusia 70 tahun.
Sekarang dengan perkembangan media sosial, ada klip lakonan filem kita dulu-dulu yang disiarkan balik. Ada kenalan yang menghubungi dan teruja bila menonton.
Apa pun berterima kasih dan saya hargai sebab masih ada yang mengenali.
Cuma kalau bab tawaran, Insya-Allah saya okay, asalkan watak yang bersesuaian dengan peringkat usia saya sekarang.
Pelakon filem Ujang berkata demikian ketika Majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025 yang diadakan di Ampang, Selangor sekaligus dilantik sebagai duta.
Suka makan steamboat
Bercerita mengenai pelantikan itu, Malek Noor berkata dia teruja dapat membantu bisnes yang diusahakan oleh empat usahawan muda iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad.
Malah, peserta program The Masked Singer Malaysia 3 menyatakan dia akan berkunjung ke kedai itu hampir setiap minggu.
Saya mahu membantu anak-anak muda membina perniagaan. Hampir setiap minggu saya datang dan merasai steamboat dan gril di sini.
Selain daripada menyediakan konsep steamboat dan grill, @KL Steamboat & Grill 2025 turut memeriahkan suasana dengan elemen hiburan seperti persembahan busking secara langsung setiap hujung minggu.
Bukan itu sahaja, restoran ini turut menawarkan pelbagai menu selain daripada seafood segar dengan harga berpatutan, termasuk promosi istimewa sepanjang Ramadan tahun ini.
@KL Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Mengkudu, Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.