berita

Malu Beranak Luar Nikah, Ibu Tergamak Bunuh & Buang Anak Dalam Longkang Takut Kantoi!

November 16th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Anak merupakan rezeki kurniaan Allah S.W.T. yang perlu dijaga dan dididik dengan sebaik mungkin. Namun, ini kisah sedih yang berlaku di Bogor, Indonesia, apabila seorang ibu sanggup bertindak kejam dengan membunuh dan menanam anaknya sendiri.

Bunuh & tanam anak sendiri

Foto: Tribun News

Berdasarkan laporan yang ditulis Tribun News, gadis yang dikenali sebagai NS, 18 tahun, bertindak membunuh anaknya sendiri pada Isnin yang lepas. NS ketika itu membunuh anaknya terlebih dahulu, sebelum mayat anaknya ditanam berhampiran rumahnya.

Setelah mayat tersebut ditanam tiga hari, NS bertindak mengorek semula kubur anaknya kerana bimbang ‘bau’ anaknya dapat dikesan oleh orang lain. Setelah kubur tersebut digali, dia bertindak membuang anaknya di sebuah longkang bagi mengaburi pihak berkuasa dan ‘kantoi’ dengan orang lain.

Tak tahu apa nak buat, takut bau mayat yang busuk, sebab itu anak tersebut dicampak di longkang. Jika anaknya dibuang, orang sudah pasti tidak tahu siapa ibu bapa kepada bayi tersebut.

Tindakannya itu secara tidak langsung menyebabkan orang ramai berjaya menjumpai anaknya.

Motif kejadian

Gambar sekadar hiasan

Menurut pihak polis, kejadian keji itu dilakukan di dalam tandas rumah supsek. Ketika kejadian, suspek bertindak mencekik anaknya sejurus anaknya dilahirkan, kemudian dia menggunakan pisau dapur bagi memotong tali pusat anaknya.

Anaknya telah dibungkus menggunakan plastik hitam sebelum ditanam di satu lokasi yang tidak jauh dari rumahnya.

Motif kejadian adalah disebabkan NS malu mempunyai anak luar nikah, dan pasangannya ketika itu tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Kini, NS telah ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah bagi perbicaraan seterusnya.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×