Pencetus Ummah (PU) Amin tampil menegur Liana Rosli atau Kak KM, Datuk Seri Vida (DSV), Ifa Raziah dan Cheta Potpet yang tanpa segan silu berkelakuan tidak senonoh.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali ..’ – Digelar Jahil, Netizen Takut Dengar Ifa Raziah Berhujah
Memalukan!
Menerusi Instagram Stories, PU Amin menyatakan aksi menggoyang dan menepuk punggung sesama sendiri sangat malu ditayang kepada khalayak ramai.
PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berasa kesal apabila kekayaan yang dilimpahkan Allah SWT tidak disyukuri.
Malu kalau anak-anak jadikan ikutan, malu bila nikmat kaya Allah bagi hanya untuk cara begini.
Apa nak jadi dengan bangsa kita, agama kita.
Sedih bila orang bukan Islam tengok
Baru-baru ini, usahawan sensasi itu memuat naik sebuah video sedang berdiri di bahagian belakang sebuah kereta mewah dalam posisi yang mengundang kecaman netizen.
Anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri bertindak menepuk punggung sesama sendiri seolah ‘menguji kehebatan aset.’
Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan keempat-empat pengasas ini seperti tidak bermaruah dan menjijikkan.
Sumber: Instagram @pencetusummah_amin