Trend mengembara ataupun lebih dikenali dengan ‘backpacking’ bukanlah perkara baru dan ianya sangat popular di kalangan remaja yang ingin menjelajah dan mengenali budaya luar dengan bajet minimun. Walaupun perkara ini bukanlah baru, namun ianya menjadi semakin melampau sejak ada segelintir backpackers yang boleh menjana pendapatan dengan meminta sedekah.
Seperti perkongsian lelaki ini yang terkilan dengan budaya begini sehingga malu hendak dipanggil dengan gelaran backpackers kerana baginya ia sesuatu yang memalukan. Lebih mengecewakan apabila masyarakat kita turut membantu derma kepada golongan sebegini.
Saya lakukan kerja untuk melancong
Berjalan di sekitar bandar saya di Georgetown, memang menghairankan betul dengan kewujudan golongan ‘Begpacker’ ini. Saya sangat bernasib baik dan beruntung kerana mempunyai pengalaman hampir ke 75 negara dengan semangat jiwa yang buat saya sampai ke sana. Saya telah bekerja keras selama 4 tahun untuk membuat simpanan sebelum berjalan dan menggunakan simpanan saya dengan bijak.
Juga saya terus mencari alternatif dan sumber yang berbeza untuk terus dalam perjalanan. Namun tidak pernah lagi saya meminta sedekah di jalan untuk menampung pembelajaan saya sepanjang perjalanan saya terutama dengan fizikal dan mental yang mampu melakukan apa-apa kerja untuk dana perjalanan
Lelaki ini mempunyai pengalaman melancong ke lebih 75 negara dengan hanya duit simpanannya selama 4 tahun. Dia turut memberitahu selama 4 tahun dia berkumpul duit untuk melancong dan sering mencari alternatif lain mencari duit selain meminta sedekah.
Tidak dapat terima minta sedekah
Semua orang mempunyai perjalanan mereka sendiri, sebab mereka dan saya cuba untuk tidak menghakimi tetapi secara harfiah mengemis di jalan di mana kebanyakannya penduduk tempatan hanya bergaji minima £ 1 per jam sahaja. Jujur ini adalah sesuatu yang saya tidak dapat menerima.
Apa gunanya bercakap pasal travel kalau selama bertahun-tahun tetapi duduk di jalan dan berharap untuk orang lain menanggung. Hari ini saya rasa malu dipanggil backpacker dan membuat budaya ini tidak bagus di mata orang.
Dia turut kesal dengan budaya begini kerana mereka cuba meminta sedekah kepada golongan penduduk tempatan yang mempunyai gaji sangat kecil berbanding mereka mampu naik kapal terbang melancong.
Selain itu dia turut berkongsi video dari kawannya sendiri yang melihat bagaimana orang barat di negara lain juga cuba meminta sedekah. Alahai baiknya orang pergi tolong kan?
Backpacker di Taipei, Taiwan
Begpacking at Taipei Taiwan. Apek Andy had see this begpacking culture by Mat Salleh or Ang Moh from Siem Reap Cambodia to Busan South Korea to Taipei Taiwan. For me suka hati lah, if all these people tak tahu malu, want to beg or mengemis ask for support to travel but what i dont support is, local people need to stop giving donation to them, dont because is Mat Salleh we very bangga and go support. They are lagi banyak orang miskin yang tak pernah even sit aeroplane to travel..but the sad reality is, still many locals giving donations to Begpackers..but sendiri punya local orang miskin tak nak bantu..Mentality.
Menurut lelaki dikenali sebagai Soh Zhao Yao Andy ini, dia turut kecewa dengan penderma yang membantu mereka dan menggalakkan golongan sebegini mengamalkan budaya ini. Dalam pada itu, ramai lagi yang lebih susah berbanding mereka yang boleh melancong. Dia turut berharap kita ubah mentaliti kita untuk menolong mereka, lebih baik membantu orang miskin.
Sumber : Soh Zhao Yao Andy, Kla Hooi