berita

“Malunya Pori Besar Sangat!” – 6 Cara Kecilkan Semula Pori

July 2nd, 2019 | by Azyan
Kini Trendy

Siapa je suka tengok pori-pori muka besar kan? Tapi yang menyedihkan kita tak boleh nak hilangkan dia, kita cuma mampu nak kurangkan sedikit appearance dia dari nampak ketara sangat.

Haritu Sis dah share dekat korang punca kenapa pori-pori kita jadi besar kan? So hari ni Sis nak share pula cara untuk kecikkan dia, takdelah malu sangat kan orang tengok hehe. Rugilah kalau muka flawless tapi pori pula besar kan? Kalau dia dah tak obvious sangat, bolehlah flex muka bersih kita tu :p

1. Rajinkan Diri Cuci Muka Selama 60 Saat

Kalau korang rajin scroll Twitter, mesti pernah baca kan skincare guru pernah cakap pasal 60 seconds rule kan? Korang cubalah try, percayalah korang akan nampak beza dia. Nanti muka korang akan kurang keluar jerawat, rasa lebih bersih, segar dan kurang clogged pores!

2. Cuba Double Cleanse

Double cleansing pun bagus juga, sebab oil cleanser ni cuci segala kotoran, sel kulit mati dan juga minyak dalam pori kita. Oil cleanser juga boleh cuci bersih lebihan makeup dan juga sunscreen kita. Sunscreen takkan hilang kalau kita cuci guna facial cleanser je tau? Korang boleh guna oil cleanser dan juga cleansing balm untuk double cleanse.

3. Guna Clay Mask

Clay mask sangat bagus untuk keluarkan segala kotoran dan juga minyak dalam pori kita. Kalau skin type korang jenis dry dan sensitive skin, korang boleh beli mud mask sebab dia tak drying sangat macam clay mask, dia lebih hydrating. Clay mask lebih sesuai untuk oily dan normal skin.

4. Rajinkan Diri Exfoliate

Korang kena rajinkan diri exfoliate dalam 1-2 kali seminggu,  barulah pori kita boleh bersih. Sebab kita tak boleh harapkan dengan semua yang di atas ni je, kita kenalah exfoliate sekali. Exfoliate bukan sahaja boleh bersihkan muka korang, dia juga boleh buang sel kulit mati :D

5. Pastikan Muka Well Moisturized & Hydrated

Korang dah guna clay mask dan exfoliator kan? Muka korang tu akan kering nanti, so korang kena lah hydrate kan muka lepas tu. Muka dah hydrated dan moisturized barulah nampak berseri je kan? Pori kita juga akan mengecil sekali, barulah boleh flex dekat orang nanti :p

6. Wajib Guna Sunscreen

Nak muka nampak sentiasa muda kan? Rajinkan diri guna sunscreen tau? Kalau nak tahu rahsia aunty-aunty yang muka awet muda tu, dia pakai sunscreen tau dari muda hehe. Sebab sunscreen boleh elakkan korang dari ada jeragat, dull skin dan juga clogged pores. Barulah nampak muda!

Kalau korang dah ikut semua step ni, gerenti muka korang dah tak obvious nampak pori besar lepas ni. Barulah nampak cantik kan muka nampak macam ada glass skin je :D

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×