berita

‘Mama, Abah Tak Layan Pun Kakak’ – Rasa Sering Dipinggirkan, Luahan Anak Kecil Ini Buat Ibu Sebak!

January 17th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sebagai ibu bapa kadangkala kita terlepas pandang dengan kelakuan kita terhadap anak-anak. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah membeza-bezakan kasih sayang dan perhatian salah satu anak kita dengan anak yang lain. Keadilan dalam memberi kasih sayang amatlah penting bagi mengelakkan anak-anak daripada merasai diri mereka disisih.

Begitulah yang dialami oleh seorang ibu, Nur Amira Jusoh apabila menerima satu nota dari anak sulungnya yang mendakwa dirinya seakan ‘dipinggirkan’ oleh kedua ibu bapanya.

Luahan si anak kecil

Nak share luahan anak sulung petang ni. Tengah-tengah rehat tiba-tiba anak sulungg bagi satu cebisan kertas yang sangat tersentuh hati saya. Mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni. Kadang-kadang kita rasa dah bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang. Mama mintak maaf sayang. Mintak maaf ye, hanya orang terengganu je faham kata-kata yang anak saya tulis ni. Kami org terengganu.

Berdasarkan perkongsian Nur Amira Jusoh di Facebook, dia memuatnaik satu nota yang ditulis oleh anak sulungnya. Dalam nota tersebut terkandung luahan hati seorang anak kecil yang mendakwa dirinya seakan dipinggirkan oleh kedua ibu bapanya. Malah, anak kecil ini beranggapan ibu bapanya telah memberi kasih sayang yang lebih kepada dua orang adiknya berbanding dirinya.

Dalam kesempatan itu, Nur Amira sempat menasihati para ibu bapa diluar sana supaya lebih peka dan tidak terlepas pandang mengenai perkara ini. Hal ini kerana, kadangkala ibu bapa beranggapan bahawa mereka sudah memberikan kasih sayang yang seadilnya tetapi kemungkinan bagi anak-anak ianya masih kurang.

Nota anak sulung

Respon netizen

Sumber: Nur Amira Jusoh

SKIP THIS AD ×