Selasa lalu, satu kemalangan melibatkan sepasang suami isteri di lorang motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah ibu negara mengundang kesedihan orang ramai. Lebih menyedihkan pasangan itu turut meninggalkan dua anak perempuan yang masih kecil berusia 6 tahun dan 2 tahun.
Menurut adik mangsa, kedua-dua anaknya masih tidak faham tentang kejadian yang berlaku. Ya Allah sebaknya :'(
Mama baba teman atuk ke syurga
Anak sulung kepada pasangan maut kemalangan membabitkan tiga motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya tidak dapat menahan kesedihan apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia serentak.
Mama dan baba pergi teman atuk (kenalan rapat bapanya) ke syurga
Hana Safiyyah Muhammad Hamadi yang berumur 6 tahun turut mengiringi jenazah ibu bapanya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor kelmarin.
Kanak-kanak terbabit turut melihat jenazah ibu dan bapa mereka selepas proses bedah siasat.
Tanya mama pergi mana
Menurut adik kepada arwah Nur Syuhadah, Aizad Ahmad Zaini, kedua-dua anaknya itu bagaikan mengerti pemergian ibu bapa mereka.
Hana dan Hani hanya mampu menangis, dia (Hana) juga ada beritahu mama dan baba teman atuk iaitu kenalan rapat ayahnya ke syurga.
Tambahan anak saudaranya itu juga ada bertanya di mana mama ketika sarapan pagi semalam.
Kebiasaannya, memang kakak saya yang buatkan dia sarapan, pagi tadi (semalam) dia tanya di mana mama. Hari ini (semalam) saya bawa kedua-dua anak saudara bersiar-siar bagi mengurangkan kesedihan mereka.
Bayar yuran tadika Hana selama setahun
Setakat ni Hana Safiyyah dan Hani Safina dijaga ibu bapa arwah Nur Syuhadah memandangkan ibu dan bapa arwah Muhammad Hamadi menunaikan haji.
Selepas ini, baru ahli keluarga berbincang mengenai penjagaan Hana dan Hani.
Arwah Muhammad Hamadi juga sudah membayar yuran tadika Hana selama setahun, sebelum kejadian berlaku.
Kanak-kanak itu dan adiknya, Hani Safina berusia 2 tahun menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan berkenaan.
Sumber : Harian Metro