Ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Kartini, meluahkan rasa syukur dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mama Doa Allah Kirimkan Seorang Suami Yang Dapat Bahagiakan Nabila & Jayden Hingga Ke Syurga’ – Noor Kartini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Neelofa Terima 100 Kuntum Bunga & ‘Surprise Trip’ Ke Maldives Daripada Suami
‘Terima kasih anak-anakku’
Menerusi satu hantaran penuh emosi yang dimuat naik di Instagram Story, Kartini mengungkapkan penghargaan terhadap anugerah terbesar dalam hidupnya selain menyifatkan anak-anak yang menjadi nyawa dan nadi penggerak kehidupannya.
Kartini juga akui tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesyukurannya kepada Allah SWT atas kurniaan anak-anak yang luar biasa. Baginya, anak-anak bukan sahaja sumber kebahagiaan tetapi juga penyatu hati dalam keluarga.
Wahai anakku Neelofa, tiada kata-kata yang mama nak tuturkan dengan hanya puji syukur kepada Allah SWT. Anak-anak ku, syurga ku, nyawaku dan nadi penggerak kehidupanku. Anak-anakku adalah segala-galanya untuk ku.
Terima kasih anak-anakku kerana sentiasa ada bersama mama dan sentiasa bahagiakan mama. Bersatu hati dan erat hubungan adalah impian setiap ibu bapa dan Allah kurniakan itu untuk mama.
‘Mama doakan love jadi pendakwah tersohor’
Kartini turut mengenang perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu yang pernah mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Neelofa dengan penuh harapan.
Sempena hari kelahiran Love (panggilan Neelofa), mama sebagai ibu yang diizinkan Allah mengandungkan Love di dalam rahim mama dengan penuh kasih sayang. Lahir dan besarkan dengan penuh harapan yang dicita-citakan oleh seorang ibu. MashAllah doa ibu, doa keramat.
Dalam pada itu, Kartini juga percaya bahawa setiap kejayaan yang diraih oleh Neelofa adalah hasil doa seorang ibu yang mustajab dan ganjaran daripada Allah SWT atas usaha serta pengorbanan yang dilakukan.
Setiap hari Allah menjadikan kenyataan atas doa-doa keramat seorang ibu. Mama doakan pengorbanan waktu muda love, kerja keras love, mama lalui perubahan hidup bermula dari rezeki Allah bagi melalui love. Semua itu ada ganjaran yang Allah atur untuk love.
Mama doakan love jadi pendakwah tersohor di seluruh pelusuk dunia dan bilal menjadi hafiz quran, wali maulana sheikh bilal yang tersohor di seluruh pelusuk dunia.
Ucapan Noor Kartini
Sumber: Instagram Noor Kartini