Ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menitipkan doa buat bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Anggap Ini Satu Kemenangan, Semua Adalah Takdir Yang Sudah Tertulis’ – Puteri Sarah Liyana
Mahu Puteri Sarah gembira
Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram (IG) sebuah portal hiburan, Patimah mendoakan agar bekas menantunya itu menemui kebahagaiaan yang diinginkan.
Mama pun mahu Puteri Sarah gembira.
Difahamkan, komen itu dikongsi selepas Puteri Sarah meluahkan rasa gembiranya apabila bekas suami, Syamsul Yusof pulang ke pangkuan bekas mentua.
Menurut Puteri Sarah, dia tumpang gembira melihat keceriaan yang terpampang di wajah bekas mentua ketika menyambut kepulangan Syamsul.
Terdahulu, Puteri Sarah dilihat hadir meraikan momen bermakna Syamsul yang pulang ke pangkuan keluarganya selepas sekian lama berdepan dengan kemelut keluarga.
Sumber: IG Portal Hiburan