berita

‘Mama Sayang Abang Dunia Akhirat, Jangan Lupa Untuk Sentiasa Doakan Mama & Abah’ – Abby Abadi

April 6th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena hari lahir Danish Hakim yang ke-21, Abby Abadi telah memuat naik sebuah video berserta kapsyen berbentuk doa dan pesanan buat anak sulungnya itu.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kongsi Doa Buat Anak-Anak – ‘Jika Aku Harus Pulang, Jemputlah Di Saat Sudah Tunai Segala Tanggungjawabku’

Jaga diri, solat dan ikhtilat

Menurut Abby, hanya doa dan usaha sehabis daya sahaja yang mampu dilakukan olehnya dan suami untuk memberi kebahagiaan dunia serta akhirat kepada anak-anak.

Dengan bantuan Abah untuk 9 tahun kebelakangan ini, Mama dapat berikan keselesaan hidup dan cukup makan, minum, pakaian untuk anak-anak mama.

Jaga diri, jaga solat, jaga ikhtilat, jaga hak Allah sebaiknya abang ye.

Tambah Abby, dia sentiasa memberi peringatan buat anak-anaknya bahawa dunia ini hanyalah tempat bermain yang sia-sia. Oleh itu, dia berharap anak-anaknya tidak leka.

Jaga kalam Allah yang dah tersemat dalam jiwa abang itu sebaiknya. Bukan sekadar hafal, tapi rutinkan ye abang ye. Mama selalu cakap tanda sayang abang. Kalau tak sayang mama biar je. Mama sayang abang dunia akhirat tau.

Walaupun mama tak pernah tunjuk mama susah, mama tak pernah tunjuk mama sedih, mama tak pernah tunjuk mama derita kecewa segala, tapi jauh di sudut hati mama, mama berharap anak-anak tak lupa untuk sentiasa mendoakan mama juga abah dunia akhirat.

Doa semasa hidup ini, doakan juga bila mama abah dah tak ada nanti.

Sumber: Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×