berita

Abby Abadi Kongsi Doa Buat Anak-Anak – ‘Jika Aku Harus Pulang, Jemputlah Di Saat Sudah Tunai Segala Tanggungjawabku’

March 20th, 2024 | by Alia
Kini Trending

Abby Abadi Kongsi Doa

Kemelut keluarga yang melanda pastinya memberikan kesan yang mendalam terhadap pelakon Abby Abadi susulan kontroversi anak perempuannya, Marissa Dania yang memilih untuk menjadi isteri kedua kepada Ahmad Aslam.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sesuka Hati Salahkan Allah, Jodoh Itu Takdir Yang Boleh Pilih’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Norman Hakim Mohon Maaf Pada Abby Abadi – ‘Saya Ambil Tanggungjawab Ini Andai Semua Khilaf Saya’ 

Harapan seorang ibu

Abby Abadi Kongsi Doa

Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkongsi petikan kata-kata ringkas (quote) tentang doa.

Doa tersebut adalah doa daripada ibu bapa yang ditujukan untuk kesejahteraan anak-anak mereka.

Hanya satu doaku yang selalu aku panjatkan untuk anak-anak ku.

Ya Allah, berikanlah takdir dan nasib terbaik untuk anak-anakku. Mudahkanlah selalu hidupnya, sukseskan dunia akhiratnya. Jadikankah dia anak yang beruntung sampai dewasa.

Jikalau aku harus pulang, maka jemputlah aku di saat aku sudah tunai tuntas segala tanggungjawabku untuk mereka.

Terdahulu, Norman Hakim memohon maaf kepada Abby Abadi berhubung isu anak mereka dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Aktor itu juga meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.

Abby dalam satu temu bual, mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

Sumber: IG Abby Abadi

SKIP THIS AD ×