Vokalis kumpulan Exists, Mamat telah didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada tahun 2019.
Mamat didakwa atas kes syabu
Memetik laporan Berita Harian, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan pertama, Mamat didakwa mengambil dadah Methamphetamine kira-kira 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara selain mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada tahun 2016 dan 2018.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) akta sama.
Pelantun lagu ‘Untukmu Ibu’ didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat 0.17 gram pada 11.35 malam, 8 September 2019 di Taman Perling. Pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, peguam bela memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Fatimah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.
Sumber: Berita Harian