berita

Mamat Exists Syukur Sudah Mempunyai Cucu Pada Pertengahan Usia 40-an

September 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Mamat Exists, 45 akur harus ‘terpisah’ dengan tiga cahaya matanya selepas ikatan perkahwinan terlerai 13 tahun lalu. Menurut Mamat, anaknya di bawah penjagaan bekas isteri ketika itu.

Artikel Berkaitan: Konsert Reunion Exists Bakal Berjalan Seperti Yang Dirancang Walaupun Mamat Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Otai Masih Berbisa, M. Nasir Dan Exists Bakal Persembahkan Kembali Lagu Hits 90-an Kepada Peminat

Kasih sayang tidak pernah putus

Menerusi laporan Harian Metro, Mamat berkata kasih sayang sebagai seorang bapa terhadap anak tidak pernah putus dan hubungan baik antara mereka terus terjalin sehingga kini meskipun masing-masing sudah meningkat dewasa dan salah seorangnya sudah mempunyai keluarga sendiri.

Tambah Mamat, dia akan berhubung dengan anak-anak untuk bertanya khabar dan melepas rindu.

Alhamdulillah, hubungan saya dengan anak-anak tetap baik-baik saja. Cuma, kami jarang bertemu kerana mereka menetap di Kuala Lumpur, manakala saya tinggal di Johor.

Tapi, walaupun terpisah jarak tempat tinggal kami saling menghubungi untuk bertanya khabar dan rindu. Mereka pun semua sudah besar dan syukur Alhamdulillah juga, saya ada cucu sekarang.

Disoal mengenai status datuk, Mamat berkata, ia adalah rezeki buatnya apabila sudah mempunyai cucu pada pertengahan usia 40-an yang baginya nikmat daripada Allah dan perlu disyukuri.

Sekadar info, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin pernah mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001, namun sah bercerai talak dua pada 24 Februari 2010. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki dan Dylea Mysara.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×