Tidak. Kali ini bukan soal percintaan on-off antara Emma Maembong dan Zizan Razak. Tapi lebih ‘panas’ lagi apabila pengarah filem, Mamat Khalid dikatakan kecewa dengan sikap mereka berdua.
Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mamat Khalid di Harian Metro jelas menujukkan bahawa dia berkecil hati dengan Zizan dan Emma apabila mereka tidak hadir di pratonton filem Werewolf. Aik. Watak utama tak datang? Hurm.
Mereka Bukannya Tak Tahu!
“Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini.”
Minta Zizan Bantu Promosi
“Apapun, saya juga pernah berbicara dengan Zizan di aplikasi Whatsapp untuk dia membantu sedikit sebayak promosi bagi filem ini.
Antaranya, saya ada menghantar bahan untuk promosi filem seperti poster dan laman web video klip untuk Zizan bantu promosikan di laman sosialnya.”
Zizan & Emma Perlu Beri Penjelasan
“Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing.
Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka.
Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini.
Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka.”
Zizan Sibuk Promosi Filem Cicakman & Emma Shooting Drama
Oh ya. Kalau tak salah kami, Zizan sekarang ni sedang sibuk dengan promosi filem ‘Cicakman 3’ yang bakal ditayangkan pada 12 Mac ini.Sementara itu, Emma pula kami lihat sedang menjalani penggambaran drama ‘Isteri Separuh Masa’.
Hurm. Harapnya mereka tak pilih bulu la ye! Walaupun berlambak ‘job’ lain, tapi mereka kena faham juga komitmen yang diperlukan oleh pengarah untuk promosi kan?