Pelawak Mamat Sepah memaklumkan bahawa dia dan isteri Nordiana Ibrahim tidak berkait dengan dakwaan menyebarkan maklumat dalaman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi aplikasi Telegram.
Artikel Berkaitan: ‘Ya, Memang Saya Yang Ditahan Reman Bersama Isteri’ – Mamat Sepah
Artikel Berkaitan: Pelawak Berusia 38 Tahun & Isteri Direman Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis
Tiada sebarang bukti
Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook (FB), Mamat atau nama lengkapnya Mohd Noor Murad meluahkan rasa syukur selepas mengetahui bahawa tiada sebarang bahan bukti yang ditemui di telefon bimbit mereka.
Susulan itu, Mamat berkata, dia dan isteri tidak ada kena mengena dengan artikel yang tular di Telegram Edisi Siasat sebelum ini.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan izinnya kes saya dan isteri, Cik Fana yang diperkatakan pada tempoh hari adalah ‘No Further Action’ (NFA) tiada kaitan lanjut.
Ini membuktikan kami tiada kena mengena dengan artikel yang tular di Telegram Edisi Siasat.
Telefon bimbit kami telah dipulangkan semula pada pukul 11 pagi oleh pegawai penyiasat kanan setelah tiga minggu di hantar Jabatan Forensik Bukit Aman.
Tiada bukti ditemui di dalam telefon kami, mengatakan kami adalah suspek yang menularkan tentang isu IPD Shah Alam.
Kami telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak polis dan kami percaya pihak polis telah melaksanakan tugas dengan telus.
Dalam masa yang sama, pelawak berusia 38 tahun itu turut berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di dalam tahanan reman baru-baru ini.
Tiga hari saya di tahanan polis telah memberi sejuta kenangan yang begitu luas dalam hidup walaupun ikan jaket dan tiga keping biskut marie sentiasa menemani saya.
Saat di gari bersama isteri untuk pergi urine test (ujian air kencing) ia adalah satu kenangan terindah dalam hidup saya yang mungkin hingga akhir hayat yang saya tak akan lupakan.
Terima kasih kepada peguamcara saya, Fadhli Sutris dan Mohamad Zahid Ahmad yang memberikan komitmen yang terbaik sepanjang kami di reman, begitu juga bloodbrother saya yang namanya tak boleh disebut di sini yang menjadi tulang belakang.
Terdahulu, pelawak tersebut mengaku bahawa dia dan isteri telah memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan kepada pihak polis berhubung kes berkenaan.
Pada 2 Julai lalu, media melaporkan seorang pelawak dan isterinya ditahan berikutan kes penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam di aplikasi Telegram.
Sumber: Facebook Mamat Sepah