Pelawak Mamat Sepah memberi penjelasan tentang perkara yang berlaku antara dirinya dan anggota kumpulan Sepah iaitu Jep dan Shuib yang diceritakan di dalam sebuah podcast, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: ‘Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang Kau Tinggal Aku’ – Kongsi Lirik Lagu Olan, Mamat Sepah Tuju Pada Siapa?
Artikel berkaitan: Jep Sepahtu Kesal Nama Ditunggang – ‘Dalam Podcast Tu Kebanyakannya Direka & Ditokok Tambah’
‘Saya masih ingat lagi’
Memetik laporan Harian Metro, Mamat berkata, dia masih ingat setiap satu perkara yang terjadi pada 16 tahun lalu yang diceritakan di dalam podcast Dol’s yang dikendalikan Shuib bersama Shuk Sahar dan Fizie.
Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat.
Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah. Lagipun mana boleh padam sejarah yang pernah terjadi.
Dalam pada itu, Mamat bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang isu pergaduhan di antara mereka kerana tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan.
Menurutnya, perkara yang berlaku sebelum ini adalah tidak disengajakan dan hubungan mereka kini baik-baik sahaja.
Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan ini. Kami bertiga sudah dianggap seperti adik-beradik. Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja.
Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja. Bagi saya perkara ini tiada apa kerana saya pernah menghadapi ujian yang lebih besar.
Lagipun zaman media sosial sekarang ini mudah viral. Hubungan saya dengan Jep dan Shuib baik.
Terdahulu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri tampil bersuara yang dipercayai berhubung tentang temu bual di podcast Dol’s bersama Shuib dan Mamat.
Jep berkata, perkara yang diceritakan dalam podcast tersebut kebanyakan adalah rekaan dan ditokok tambah.
Menerusi podcast tersebut, Mamat mengimbau kenangan sewaktu kumpulan Sepah ingin menghadiri uji bakat program lawak dan mereka lulus namun Shuib menarik diri disebabkan bergaduh besar dengan Jep.
Shuib juga mendedahkan dia dan Jep hampir bertumbuk di kedai mamak kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan Mamat menjadi orang tengah dan mendamaikan mereka.
Sumber: Harian Metro