Sejak wabak COVID-19 melanda negara, ramai daripada kita yang terkesan dari segi kewangan. Kalau korang nak tahu, baru-baru ini Mamee-Double Decker Sdn Bhd telah melancarkan Kempen Sama-Sama dengan menyumbangkan 2 juta Mamee Care Packs untuk membantu mereka yang memerlukan.
Kempen Sama-Sama yang berlangsung dari Ogos hingga Disember 2020 ini adalah sebagai inisiatif oleh Kakitangan Mamee (Monstars) dengan mengedarkan Mamee Care Packs yang terdiri daripada mi segera Mamee dan Mamee Monster Thin Thin Bisnacks yang baru dilancarkan!
Korang ada kenal sesiapa atau pihak yang memerlukan bantuan? Inilah masanya untuk korang mencalonkan mereka sebagai penerima Mamee Care Packs!
Yang lebih menarik, korang juga berpeluang untuk mencalonkan penerima Mamee Care Packs yang merangkumi rumah kebajikan, gelandangan, rumah anak yatim, rumah orang tua dan mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19.
Senang je. Apa yang korang perlu lakukan adalah dengan mencalonkan penerima yang layak melalui media sosial dengan hashtag @MameeNoodlesMY atau @IamMameeMonster di Instagram sebelum 30 Disember 2020!
Mamee-Double Decker Sdn Bhd turut bekerjasama dengan beberapa organisasi dalam menyalurkan Mamee Care Packs kepada penerima bantuan.
Berikut adalah senarai organisasi amal yang terlibat:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (di bawah agensi Kementerian Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Komuniti) - Yayasan Basmi Kemiskinan
- Yayasan Food Bank Malaysia
- Malaysian Relief Agency
- Kechara Food Bank
- Majlis Agama Islam WP
- Food Bank Jabatan Agama Islam WP
- Muslim Care Malaysia Society
- Persatuan Ibu Bapa & Anak-Anak Kanser Malaysia
- Jabatan Agama Islam Pahang
- Jabatan Agama Islam Melaka
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- Majlis Perbandaran Subang Jaya
- Dewan Perdagangan Islam Malaysia
- Lembaga Zakat Kedah
- Human Aid Selangor
- Pertubuhan Kebaikan (Kindness Malaysia)
- Mydin Mohamed Holdings Berhad
- Nirwana Group Sdn Bhd
- Maslee Express Sdn Bhd
- CS Brothers Biscuits & Confectionary Sdn Bhd
- Pasaraya KS Chu Sdn Bhd
Mamee tawarkan promosi hebat untuk korang semua!
Selain 2 juta Mamee Care Packs yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan, Mamee-Double Decker Sdn Bhd juga menawarkan Promosi Pakej Nilai iaitu beli 5 Percuma 1 pek bagi mi segera dan beli 4 Percuma 1 pek bagi Mamee Monster Thin Thin Bisnacks. Wow!
Inilah cara Mamee untuk mengucapkan “Terima kasih, Malaysia!”
Walaupun negara kita masih dalam tempoh pemulihan, tetapi sikap kerjasama dan semangat bantu membantu dari rakyat Malaysia sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang dalam masa yang sukar ini.
Mamee, melalui Kempen Sama-Sama berharap dapat terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bersatu dan menerapkan semangat memberi demi kebaikan kita bersama.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Sama-Sama dan produk Mamee, korang boleh layari laman Instagram MAMEE Noodles Malaysia atau Mamee Monster. #SamaSamaMamee