berita

Mampukah Rania Memujuk Kembali Hati Arman? Jom Layan Episod Akhir Hatimu Sedingin Salju Malam Ini

August 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Konflik yang berlaku antara Arman, Rania dan Nabil kini sudah sampai ke kemuncaknya. Mesti korang peminat drama Hatimu Sedingin Salju dah tertanya-tanya apakah pengakhiran hubungan Rania dan Arman, betul tak?

Artikel Berkaitan: Netizen Bengang Nabil Perangkap Arman Demi Dapatkan Cinta Rania, Konflik Hatimu Sedingin Salju Kian Memuncak!

Artikel Berkaitan: Sanggup Korban Cinta Demi Sahabat, Drama ‘Hatimu Sedingin Salju’ Akan Hiasi Slot Akasia Korang Malam Ni!

Arman minta putuskan pertunangan?

Kalau korang nak tahu, pada episod yang lalu, Nabil dan Melissa sudah pun mengaku tentang rancangan jahat mereka yang memerangkap Arman semata-mata mahu melihat hubungan Arman dan Rania musnah. Bukan itu sahaja, Nabil juga kelihatan bersungguh-sungguh meminta maaf  kepada Rania akan tindakannya itu.

Malah, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjernihkan keadaan dan membawa Arman pulang ke pangkuan Rania. Tetapi berbeza pula dengan Melissa yang hanya berpura-pura ‘menyesali’ dengan tindakan jahatnya tetapi dalam hatinya masih menyimpan 1001 dendam kepada Rania. Licik sungguh!

Jom layan episod akhir malam ini!

Meskipun hatinya masih menyintai Rania tetapi demi ‘kebahagiaan’ Rania, Arman nekad membawa diri kini. Bahkan, Arman juga salah faham dengan menyangka Rania ingin berbaik semula dengan bekas teman lelakinya, Haikal sehinggakan Arman nekad meminta ibu bapanya untuk memutuskan pertunangannya bersama Rania.

Rania cuba sedaya upaya untuk memujuk Arman dan berusaha memperbaiki hubungan mereka. Tetapi lain pula yang jadinya apabila ibu bapa Arman dan Rania mula masuk campur dan membuat satu ‘rancangan’ dengan memberitahu Arman kononnya Rania sudah ‘merajuk’ dan ‘membawa diri’.

Namun apa yang menjadi persoalan, adakah Rania dan Arman berjaya memujuk hati dan mengaku dengan perasaan masing-masing? Adakah hubungan Arman dan Rania akan kembali mesra seperti dahulu dan adakah mereka dapat disatukan sebagai suami isteri yang sah? Jangan lupa saksikan epiosd akhir drama Hatimu Sedingin Salju malam ini pada pukul 7 malam hanya di TV3.

SKIP THIS AD ×