berita

Netizen Bengang Nabil Perangkap Arman Demi Dapatkan Cinta Rania, Konflik Hatimu Sedingin Salju Kian Memuncak!

July 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Siapa dekat sini layan drama Hatimu Sedingin Salju slot Akasia di TV3? Kalau korang tengok episod semalam mesti ramai yang sakit hati dengan tindakan Nabil kan? Ye lah, demi nak dapatkan cinta Rania, Nabil tergamak perangkap abang kandungnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Sanggup Korban Cinta Demi Sahabat, Drama ‘Hatimu Sedingin Salju’ Akan Hiasi Slot Akasia Korang Malam Ni!

Perangkap abang kandung sendiri, kejam!

Hanya berbaki 9 episod sahaja, konflik drama Hatimu Sedingin Salju kini semakin memuncak guys! Macam-macam agenda dan rancangan ‘jahat’ yang dilakukan Nabil dan Melissa hanya untuk merosakkan hubungan cinta Rania dan Arman. Lagi sedih apabila hasrat Rania untuk membuat ‘kejutan’ dengan meluahkan isi hatinya kepada Arman akhirnya bertukar menjadi satu mimpi ngeri apabila Arman ditangkap khalwat dengan seorang wanita ketika outstation.

Bayangkan betapa remuknya hati Rania apabila mengetahui bakal suaminya itu bersama wanita lain. Arman lagi lah berganda-ganda sedihnya apabila usaha dan rancangnya untuk menghalalkan Rania hanyalah sia-sia sahaja. Sementara si Nabil dan Melissa bersorak keriangan kerana perangkap mereka untuk merosakkan hubungan Rania dan Arman hampir tercapai. Adakah rancangan ini mampu membuatkan Rania mula hilang kepercayaan kepada Arman? Adakah Arman berjaya membongkarkan dalang di sebalik insiden ‘hitam’ itu? Jom sama-sama kita saksikan drama Hatimu Sedingin Salju hingga ke episod akhir. Semuanya akan terjawab tidak lama lagi!

Ramai yang emosi

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×