berita

Man Bai Diminta Selesaikan Isu Isteri Dengan Lelaki Singapura Secara Private

September 30th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-29 at 10.49.37 PM

‘Beribu bintang di langit kini menghilang, meraba aku dalam kelam…’. Mesti anda semua masih ingat dengan lirik lagu yang pernah meletop ini dulu kan? Malah, lagu ini boleh dikatakan all-time favourite oleh ramai orang.

Namun, secara tiba-tiba nama pelantun lagu ini menjadi sensasi di beberapa laman portal hiburan kerana mendakwa isterinya dikacau oleh seorang lelaki Singapura.

Malah, dia dilihat telah pun memuat naik foto lelaki tersebut sekaligus meminta bantuan rakan Facebooknya untuk mengesan individu terbabit.

 

MANBAI2

Siapa tak marah bila isteri kesayangan diganggu, kan? Lebih-lebih lagi bila lelaki tersebut dikatakan menghantar foto-foto tak senonoh kepada suri hatinya. Memang boleh perang dunia!

manbai3

Dalam pada orang ramai mendorongnya untuk ‘memberi pengajaran’ kepada lelaki itu, ada juga yang nampaknya meminta agar Man Bai membuang foto tersebut.

Mungkin tidak lama lagi Man Bai sendiri akan tampil kepada media untuk membuat penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini. Kita tunggu jelah ye!

Kredit foto: Facebook Man Bai

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×