berita

Man Raja Lawak Mahu Sumbang RM50 Ribu Tolong Individu Terjejas Akibat Covid-19

April 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penularan wabak Covid-19 yang melanda hampir kesemua negara, ternyata memberikan kesan yang teramat buat seluruh masyarakat pada ketika ini. Malah, pengumuman Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) di Malaysia yang dilanjutkan sehingga 14 April ini turut menjejaskan sumber pendapatan segelintir masyarakat.

Susulan daripada itu, Abdul Rahman Bin Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak telah tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban orang ramai. Terbaik!

Berkongsi hadiah wang tunai

Menerusi Instagram Man, dia menyatakan hasratnya untuk mendermakan sebahagian wang yang diraihnya bersama kumpulan Puteh selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega 2019. Tambahnya, situasi yang berlaku sekarang sangat memberikan impak dari segi kewangan bagi mereka yang kurang berkemampuan. Sebanyak RM50 ribu diperuntukkan oleh Man bagi membantu mereka yang memerlukan.

Saya kena teliti dahulu

Di samping itu, Man turut memberitahu bahawa dia akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan bagi memastikan mereka yang layak sahaja boleh menerimanya. Walau bagaimanapun, jika individu tersebut tidak mendapat sebarang respon daripadanya, permohonan yang dilakukan dianggap gagal. Dia turut berharap kesemua individu yang dibantu mampu memanfaatkan wang yang diberikan.

Sumber: Man Raja Lawak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×