berita

Mana Lagi 1.42 Gram Emas Rantai Tangan Anak Aku?

July 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Rose meluahkan rasa pelik apabila lebihan emas rantai tangan anaknya dipercayai hilang selepas dia ingin menebus semula barangan kemas tersebut di sebuah kedai pajak gadai di Melaka.

Rasa macam pelik

Hari ini Rose tebus balik gelang anak Rose dekat sebuah kedai pajak gadai di Melaka. Sekali Rose tengok macam pelik mana lebihan emas yang masa mula-mula Rose gadai tu. Bila tanya dia cakap tak ada. Bila pakai dekat tangan anak dah tak muat. Lagi lah pelik. So Rose tunjuk gambar anak Rose pakai gelang sebelum gadai dekat dia. Mana lebih yang lain tu? Ada toyol kot dekat kedai pajak dia.

Menurut Rose, dia ingin menebus semula rantai tangan anaknya selepas menggadai barang kemas tersebut. Namun, dia berasa hairan apabila rantai tersebut sudah tidak muat di tangan anaknya. Lebih geram, dia mendakwa lebihan emas tersebut sudah hilang semasa ingin menebus semula rantai tangan itu. Susulan daripada itu, Rose telah membuat laporan polis memandangkan permohonannya untuk meminta semula lebihan emas tersebut tidak dilayan oleh pemilik kedai pajak gadai berkenaan.

Dia siap suruh bawa polis datang

Saya minta cara baik dengan dia tapi, dia gangster siap minta bawa polis datang kedai dia. Konon dia tak bersalah. Tak apa Rose yakin ramai saja yang terkena dengan dia. Dah biasa dia buat macam ni cuma ada yang tak perasan sahaja. Ramai cakap dia ni penipu. So, janganlah gadai dekat dia lagi. Dia pandai tulis siap-siap dekat surat pajak tu 2.0 gram. Nasib baik Rose simpan lagi surat emas masa mula beli dulu. Berat gelang tu 3.42 gram tapi dia tulis dekat suray pajak tu 2.0 gram saja. So dia dah tulis siap-siap sebab nak potong.

Ujar Rose lagi, dia mendakwa individu di kedai tersebut telah menulis berat yang tidak tepat. Jelas Rose, rantai tangan emas milik anaknya itu seberat 3.42 gram namun, hanya ditulis seberat 2.0 gram. Di akhir posting, Rose berharap semua pihak khususnya yang berada di negeri Melaka lebih berhati-hati ketika hendak menggadai barang emas. Rose turut memberi pesanan agar semua individu perlu memeriksa berat terlebih dahulu dan menyimpan semua bukti-bukti pembelian emas selepas ini.

Sumber: Rose

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×