Ramai di kalangan kita, tidak sedar betapa pentingnya ilmu pengurusan kewangan bagi melestarikan kehidupan yang sejahtera.
Korang tak rasa pelik ke, setiap kali gaji masuk, duit habis begitu sahaja?
Mana pergi duit tu? Padahal kadang-kadang selepas tolak semua komitmen masih ada lagi baki yang boleh dijadikan simpanan.
Mungkin inilah 4 sebab mengapa duit korang cepat habis dan out of track.
1. Makanan dan minuman viral.
Makanan dan minuman viral merupakan salah satu punca duit kita out of track.
Kadang, kita tak sedar pun jumlah perbelanjaan food hunting kita pada hujung minggu mencecah ratusan ringgit. Itu belum termasuk perbelanjaan kopi.
Actually, okay je kalau korang nak spend untuk menikmati makanan dan minuman kegemaran korang, tapi dalam masa yang sama pastikan korang rancang perbelanjaan korang sebaiknya untuk masa hadapan.
2. Kad kredit.
Ini merupakan salah satu masalah besar dalam golongan orang muda yang baru bekerja.
Kadang duit gaji habis sebab bayar kredit kad agar tidak di senarai hitam oleh pihak bank.
Itupun hanya mampu buat bayaran minima kerana memiliki komitmen lain seperti bayaran bulanan kereta, sewa rumah, bil api, bil air dan macam-macam lagilah.
Tak dinafikan penggunaan kredit kad banyak kelebihannya, tapi kena guna dengan cara yang betul.
Jangan sampai muflis sudahlah.
3. Skim beli dahulu, bayar kemudian.
Skim beli dahulu, bayar kemudian semakin popular dalam kalangan masayarakat kita.
Dah seronok membeli, mestilah kena bayar, betul tak?
Ini juga merupakan salah satu punca mengapa dalam diam duit kita habis macam tu je.
Sebab itu, korang kena kontrol perbelanjaan korang, beli yang ikut keperluan bukan kehendak.
4. Langganan ‘online game’
Langganan permainan online juga merupakan salah satu punca korang tak sedar duit korang lesap.
Tambahan pula, jenis yang buat direct debit. Sedar-sedar duit dah kena tolak macam tu je.
Itu belum lagi kalau tersalah klik semasa beli aksesori permainan online, bila semak baki, baru perasan duit dah hilang.
Tak salah nak gunakan duit korang untuk apa yang korang suka, cuma pastikan korang belanjakan juga wang korang untuk masa depan sendiri seperti melabur dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ada pelbagai pilihan unit amanah di ASNB antaranya Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Gandakan wang korang dengan ASNB!
ASNB menawarkan unit amanah yang berpotensi untuk menjana pulangan yang stabil, dengan kadar dividen yang berpatutan.
Cara pelaburan juga mudah. Korang cuma perlu muat turun aplikasi myASNB dan daftarkan diri korang melalui aplikasi tersebut.
Kemudian, buat simpanan secara konsisten, nanti makin bertambah duit korang sebab ada dividen setiap tahun.
Daftar Auto Labur untuk peluang dapat unit amanah percuma!
Nak lagi best, lepas je daftar akaun ASB, ASM atau ASN tu… min cadangkan korang buat Auto Labur.
Sekarang ASNB tengah ada kempen Auto Labur dimana anda berpeluang untuk dapat RM10 percumaapabila korang membuka akaun dan mendaftar Auto labur melalui aplikasi myASNB (terhad kepada 500 orang terawal setiap bulan).
Korang boleh rujuk insta post dibawah.
View this post on Instagram
*Kempen sah sehingga 31 Disember 2024!
Sertai Pelaburan Ria bersama rakan untuk peluang terima RM10 percuma!
Bukan Auto Labur sahaja yang menawarkan unit amanah percuma sebaliknya, pelaburan melalui Ria juga menawarkan RM10 unit amanah percuma kepada korang dan rakan dengan dengan syarat rakan tersebut perlu membuat pelaburan minimum RM100 di Ria.
Ria adalah ciri baharu dalam aplikasi myASNB yang menguruskan pelaburan korang secara automatik dengan mengenal pasti portfolio pelaburan yang sesuai dengan korang, selepas korang menjawab beberapa soalan profil risiko.
Setelah korang mendapat profil risiko, Ria akan melabur aset korang ke dalam unit amanah ASNB yang fokus pada ekuiti Malaysia dan global, serta sukuk (Bon Islam)
View this post on Instagram
Best kan macam tu? Korang melabur… korang ajak rakan korang melabur lepas tu, korang sama-sama berpeluang dapat unit amanah tambahan secara percuma!
Jadi, jom mulakan pelaburan korang bersama myASNB!
Muat turun aplikasi myASNB dan daftar Auto Labur dan pelaburan Ria demi masa depan. Barulah duit yang ada tak habis begitu sahaja dan bertambah banyak dalam diam.