Umum mengetahui pengacara Jihan Muse sudah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Azmi Saat susulan guraun mempersendakan nama bapa penyanyi itu dan fizikalnya sewaktu siaran langsung konsert minggu keempat program All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akui Kesilapan Sendiri Kerana Tidak Peka & Sensitif’ – Jihan Muse Minta Maaf Persendakan Nama Bapa Azmi Saat
Namun begitu, netizen masih mempertikaikan mengenai perangai Jihan dan Nabil yang suka membuat lawak tanpa berfikir mengenai perasaan orang lain.
Asyik permainkan Tok Ram
Menurut dakwaan seorang individu, Jihan dan Nabil tidak akan pernah serik membahan orang. Tambah individu berkenaan. mereka asyik mempermainkan Tok Ram selaku juri pertandingan tersebut.
Tak kisah korang rapat ke, Tapi tu siaran langsung. Muat tau. Tak ada perkembangan. Tukar jer. Ramai yang tak suka. Lawak bodoh. Syok sendiri.
Ujar seorang lagi individu, Nabil dan Jihan perlu berfikir terlebih dahulu mengenai perasaan orang lain sebelum membuat lawak.
Sumber: Instagram