Ahli anggota Senario iaitu Wahid menekankan dia tidak tahu menahu mengenai keberadaan rakan seindustrinya, Yassin.
Artikel Berkaitan: Saiful Apek Berdiam Isu ‘Kehilangan’ Yassin – ‘Dia Mungkin Tak Pandai Mana ..’
Tak tahu keberadaan Yassin
@ohbulanofficial Orang kata kita kaya tu kan satu doa? ??#ohbulan #fyp #news #yassin #senario #banyak #duit ? original sound – OHBULAN!
Menurut Wahid, dia tinggal jauh dari Kuala Lumpur dan hanya berkomunikasi di kumpulan (group) WhatsApp ketika menerima tawaran kerja untuk Senario.
Saya pula menetap di Ipoh, Perak manakala yang lain di Kuala Lumpur (KL). Bila orang beritahu suruh datang KL, saya datang sebab ada ‘job’.
Kami ini memang tak tahu apa-apa pasal Yassin. Daripada awal pun saya tak tahu dia di mana.
Mana tahu sebenarnya dia tengah banyak duit maka dia pun tengah duduk relaks? Sebab itu dia senyap sahaja. Kita pula orang ajak ‘show’ kita pergi.
Memanglah kami ada group Whatsapp, tetapi ia cuma berurusan mengenai kerja sahaja. Senario memang dari dulu begini, itulah keistimewaan kami.
Wahid berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengumuman 10 Duta Kempen Raya Mendonia Jakel, pada Sabtu.
Selain Senario, selebriti lain yang diumum sebagai duta adalah Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, Nabil Ahmad, Anzalna Nasir, Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.
Tak masuk campur hal peribadi
Tambah Wahid, dia dan ahli anggota Senario lain selesa memilih untuk tidak masuk campur hal peribadi masing-masing.
Dari dulu kami tidak pernah terasa hati. Kami ini, habis kerja sahaja masing-masing dengan dunia masing-masing.
Jadi bila kita ini kerja sekali, melepak sekali, itu yang jadi masalah.
Jadi, sesiapa yang nak tubuhkan kumpulan, buatlah macam itu ya. Habis kerja balik, sakit baru pergi jenguk.
Dalam pada itu, diaju mengenai nama Yassin dipetik dengan dakwaan berhubung seorang pelawak ditahan di Jeddah, Arab Saudi, atas kesalahan dadah, tahun lalu.
Maaf, tak boleh cakap begitu (tuduhan mengenai Yassin) sebab kami sendiri pun tak cakap begitu. Saya sendiri pun tak tahu apa-apa.
Takut nak cakap benda yang bukan-bukan sebab kita sendiri tak tahu apa cerita sebenar.
Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu bermula November lalu.
Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.