berita

Mandi & Gosok Gigi Jangan Lupa, Wanita Kongsi Persediaan Sebelum Masuk Labour Room

June 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menunggu saat melahirkan anak merupakan sesuatu yang sangat mendebarkan. Ibu-ibu yang menunggu waktu bersalin pasti sudah menyiapkan diri dengan pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal.

Seorang pengguna Facebook, Yasmin Hanani berkongsi tips yang harus diamalkan ibu-ibu sebelum masuk ke bilik bersalin. Tips ini untuk memastikan keselesaan si ibu dan petugas hospital yang terlibat nanti.

Bersihkan apa yang patut

Hormati doktor dan petugas kesihatan ketika mahu bersalin dengan membersihkan diri terlebih dahulu. Sebelum ditolak masuk ke wad bersalin, perkara yang wajib saya buat ialah berhias dan berdandan. Nak bersalin pun nak berhias?

Jangan salah faham, kita kena pastikan diri kita presentable kepada misi dan doktor untuk memudahkan kerja mereka. Janganlah jadi serabai melainkan anda nak bangun pun dah tak larat. Suami pun tolonglah bersihkan isteri.

Pertama; Sambil melayan sakit contraction jika belum kerap (kita boleh agak the baby is coming), saya akan pastikan saya tidak kelaparan sebab saya perlu kan energy untuk meneran.

Kedua; setengah jam selepas makan, saya wajib ke tandas dan membuang apa yg patut agak tidak terbuang air besar ketika proses bersalin. Sebelum itu, makanlah makanan yg mudah hadam elakkan daging yg sukar dihadam. Wajib makan untuk tenaga tapi jangan makan telur mentah!

Ketiga; Usai membuang, biasanya saya akan mandi sebelum ke wad, sikat rambut dan berminyak, jika panjang, anda sanggul. Kadang-kadang sanggul boleh terlepas, maka lebih selamat anda jalin tocang jika rambut anda panjang. Gosok gigi jangan lupa! Emak saya memang pesan, bersihkan apa yg patut sebelum bersalin agar memudahkan urusan dan kerja doktor dan trimlah apa-apa yg wajib tu. Takkan nak suruh misi trim kan kot. Malu la cik kak… Pesanan itu mmg saya wajib buat setiap kali ke hospital.

Tukar pakaian bersih

Sekadar gambar hiasan

Keempat; Selesai mandi dan mengemaskan rambut, saya akan tukar pakaian yg besih, saya memang akan spare baju wad yg bersih takdela misi dan doktor pengsan dgn bau saya nanti. Jika anda pakai seluar mama pride, sediakan dua atau tiga seluar sebab jika seluar itu basah terkena air ketuban, maka anda boleh ganti dengan yg lain. Bersalin, baju kena kering dan bersih.

Kelima; Beri henpon dan bahan berharga pada suami, bawa diapers sekeping sahaja dan duduk lah atas wheelchair dan anda akan ditolak masuk ke bilik bersalin. Sambil-sambil ulang lah hafazan surah maryam anda. Tetapi lain hospital lain keperluan yg perlu dibawa. Jadi bertanya lah dahulu do’s and don’t setiap hospital.

Bila sudah wangi dan happy, anda pun rasa semangat nak bersalin kan. Dan selepas bersalin pun saya akan terus mandi selepas boleh bangun. Kadang-kadang nurse biarkan dahulu 3 jam kita di bilik bersalin, kalau bilik bersalin yg ada bilik air, mmg saya akan terus mandi. Bila naik wad dgn baby kita pun dah wangi hehe. Apa pun, tanya misi kadang-kadang kita tak kuat lagi misi tak bagi mandi takut jatuh dalam bilik air. Masa ni tenang nak mandi sbb baby baru lahir biasa dia lena ja…

Suka pakai banyak baju di hospital

Sekadar gambar hiasan

Selepas mandi, apa lagi memang saya akan makan dan minum, lapar beb lepas meneran! Untuk tenaga yg cepat biasanya saya dah sediakan jus mangga (asli lagi bagus) kalau takde kurma pun boleh. Biasa hospital bagi milo dan biskut pun ok la. Masa ni rasa macam makan kuda pun boleh kan…

Saya mmg suka pakai banyak baju di hospital. Saya mmg suka nampak presentable dan pilih pakaian paling baik. Pernah sekali saya pakai kasut ke wad bersalin sbb saya tak suka pakai selipar, sejuk, misi tanya, “amboi cantiknya kasut bersalin macam kasut kerja.”
Saya jawab, nak bersalin kenala cantik-cantik macam nak pi kerja kan misi hehe.

Ini contoh vanity beg yang wajib saya bawa ke hospital… Biasanya banyak lagi mendanya hehehe…

Sumber : Yasmin Hanani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×