Kredit foto: Medicalnews
Aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah sejenis tumbuhan saka sukulen separa tropika yang mempunyai akar serabut, daun berwarna hijau kekelabuan berisi tebal dan juga bergerigi.
Aloe vera juga adalah tumbuhan semula jadi yang paling banyak kebaikan dan juga manfaat kepada manusia tidak kira kegunaan luaran mahupun dalaman. Ianya boleh digunakan sebagai ubatan tradisional dan juga popular dalam produk kecantikan.
Artikel berkaitan: Laa Boleh Makan Rupanya, Ini Resipi Aloe Vera Jelly Nata De Coco
Artikel berkaitan: Lebih 20K Perkongsian, Wanita Kongsi Tips Rambut Lebat Guna 3 Bahan Ini. Mudahnya!
Jus Aloe Vera
Kredit foto: Cookpad.com
Pasti ramai yang tak sangka sebenarnya Aloe Vera ini boleh dijadikan sebagai jus minuman, jus Aloe Vera ini kebanyakannya orang minum untuk merawat bahagian dalaman tubuh badan.
Jus Aloe Vera atau lidah buaya mengandungi lebih daripada 75 vitamin dan mineral dan antara kebaikannya ialah untuk merawat sistem penghadaman iaitu pergerakan usus akan lebih terkawal dan proses pencernaan akan lebih mudah.
Jadi jus ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Rawatan kulit
Kredit foto: Glitzmedia
Bukan sahaja mampu menjadikan kulit wajah dan kulit badan lembab, malah jika mengamalkan menyapu aloe vera ini ke kulit wajah ianya dapat mengelakkan dan menghalang jerawat daripada singgah di wajah!
Selain daripada fungsi aloe vera untuk mengekalkan hidrasi kulit dengan menyerap lebihan minyak di wajah, ianya juga mempunyai sifat anti-inflamasi, antibakteria dan antiseptik yang mampu mencegah dan menghalang jerawat muncul di wajah.
Aloe vera juga mampu menghaluskan permukaan kulit wajah kerana ianya dapat membuang sel-sel kulit mati dan menggantikannya dengan sel-sel kulit baru yang sihat dan lembut. Cuba dalam sebulan pasti akan nampak kesan!
Rawatan rambut
Kredit foto: Healthline
Aloe vera mampu merawat kulit kepala dan juga memberi manfaat yang banyak kepada rambut jadi kebanyakan produk rawatan rambut menggunakan ekstrak aloe vera ini sebagai bahan utama.
Gel aloe vera sangat bagus terutamanya untuk kulit kepala yang kering dan dapat mengatasi masalah gatal kulit kepala dan kelumumur. Selain itu aloe vera juga dapat menguatkan akar rambut dan melebatkan rambut bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut.
Jadi bagi yang mempunyai pelbagai masalah rambut ataupun kulit kepala, gel aloe vera sangat disyorkan kepada mereka. Kesannya sangat memuaskan hati.
Rawatan kuku
Kredit foto: Healthline
Bagi mereka yang selalu menggunakan perwarna kuku, lama-kelamaan kuku yang asal akan mudah rosak dan menjadi rapuh. Hal ini kerana dengan bahan-bahan yang ada di dalam perwarna itu akan menyebabkan kuku menjadi sangat kering.
Akan tetapi masalah itu dapat diatasi dengan sentiasa menyapu aloe vera pada bahagian kuku, dengan segala khasiat yang terdapat di dalamnya itu ianya dapat melembabkan kembali kuku secara mendalam, menguatkan kembali kuku dan semestinya menghalang tanda-tanda kuku akan rosak seperti menguning dan patah pada peringkat awal.
Rawatan kulit melecur & luka
Kredit foto: Mantapsukses
Salah satu cara tradisional bagi mengubati luka dan melecur pada kulit adalah dengan menyapu gel aloe vera sama ada yang sudah diproses atau ambil terus daripada pokok.
Segala jenis luka dapat diubati dengan aloe vera, hal ini kerana di dalamnya terkandung antioksidan, antiseptik, dan juga antibakteria. Selain itu juga ianya salah satu tumbuhan yang mengandungi Polyphenols yang mampu menghalang jangkitan bakteria kepada manusia.
Hasil penggunaan aloe vera dalam kehidupan seharian dapat memberi banyak manfaat terutamanya untuk kesihatan dan juga penjagaan diri.
Sumber: Beritaharian, Sinarharian.