berita

Mangsa Bot Karam Di Pulau Perhentian Ditemui, Pihak Maritim Gesa Nelayan Periksa Ramalan Cuaca

January 4th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini sebuah bot dilaporkan karam gara-gara dimasuki air di kedudukan 5 batu nautika dari barat daya Pulau Perhentian. Dalam insiden itu, salah seorang daripada lima orang nelayan hilang ketika berenang selamatkan diri, manakala yang lain-lain selamat tiba ke persisiran pantai Pulau Perhentian.

Walau bagaimanapun, pihak Maritim Malaysia selamat menemui seorang lagi rakannya pada petang semalam selepas penduduk kampung menemui mayat terapung di kawasan berhampiran Pulau Perhentian.

Bot telingkup

Salah seorang rakan mereka memberitahu, dia terjun ke laut selepas mendapati bot yang dinaiki terbalik dan mulai karam. Dalam keadaan kelam kabut itu mereka berlima sempat memakai jaket keselamatan dan nekad berenang ke persisiran pantai.

Bot terlingkup… saya segera suruh awak-awak terjun pakai life jacket. Seorang lagi (Ashaari) tak tahu di mana. Sebelum itu hujan, selepas itu kami mula berenang dan sampai ke darat jam 4 pagi.

Syukur kami pakai jaket keselamatan… ombak besar, ada dalam setinggi tiga hingga empat meter.

Kesemua mangsa dibawa dari Pulau Perhentian menaiki kapal Maritim Malaysia dan tiba di Tok Bali sekitar jam 1.30 tengah hari tadi. Walau bagaimanapun mereka terpisah dengan mangsa tanpa disedari dalam kejadian tersebut.

Sudah ditemui

https://www.youtube.com/watch?v=2ZDS5tvvoM0&feature=emb_title

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan terapung di lokasi 8.3 batu nautika di barat daya Pulau Perhentian pada 5.30 petang. Mayat mangsa dibawa oleh kapal Maritim untuk didaratkan di Jeti APMM malam ini.

Terdahulu, empat lelaki yang kesemuanya nelayan terselamat apabila berjaya tiba di Pulau Perhentian selepas terpaksa berenang selama 14 jam. Mayat kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan bagi tujuan bedah siasat di Hospital Besut sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di kampung asalnya di Gong Keding, Pasir Puteh.

Tambah Kapten Muhd Nur Sham, seramai 83 anggota pelbagai agensi melancarkan gerakan mengesan mangsa menggunakan aset laut dan udara sepanjang kehilangannya. Dalam pada itu, Kepten Muhd Nur Syam menggesa nelayan untuk memeriksa ramalan cuaca sebelum turun ke laut.

Sumber : Astro Awani, Youtube

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×